YAYASAN BASMI KEMISKINAN | No. 32/34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No Tel : 03-78750036 No Fax : 03-78750719 | Bersama Kami Membantu mereka yang memerlukan
 

Sehingga 30/12/2009
Kutipan - RM78,032.75,
Per
belanjaan - RM294,911.82


(kegunaan staff sahaja)

Bil. pelawat sejak 14/2/2009

brainwave entrainment  

 
SISTEM DATA YBK

 

Kampus UiTM - YBK dan Kerajaan Negeri Selangor

 

JAWAPAN ISU-ISU TANAH YANG DIBANGKIT OLEH
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
PADA 3/3/2009

“Selepas ‘merampas’ tanah Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah, Kerajaan Negeri mengarahkan Jabatan Audit Negeri menyemak harta-harta lain yang dimiliki oleh YBK”. 

Merujuk kepada kenyataan di atas, pihak Yayasan ingin menyatakan bahawa tidak ada peruntukan undang-undang dalam UNDANG-UNDANG TUBUH YBK, yang membolehkan Kerajaan Negeri Selangor mengaudit urusan kewangan YBK. Perkara ini jelas terkandung di dalam KLAUSA 16 UNDANG-UNDANG TUBUH YBK, yang turut memperuntukan bahawa hanya firma akauntan bertauliah yang dilantik Lembaga Pemegang Amanah berhak untuk mengaudit urusan kewangan YBK.

Sambutan Maulidur Rasul YBK bersama Penduduk Kg Seri Mendapat, Jasin Melaka, 26/3/2010

JASIN – YBK bersama penduduk Kg Seri Mendapat, Jasin telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Perarakan ini bermula daripada tapak projek UiTM - PYBK ke Masjid Kg Seri Mendapat kira-kira 1.5km.

Majlis sambutan ini disertai oleh hampir 500 peserta meliputi penduduk Kg Seri Mendapat serta penduduk kampung berhampiran. Selain itu ia turut disertai oleh Ahli Parlimen Jasin YB Datuk Wira Hj Ahmad Hamzah serta Adun Sungai Rambai YB Hasan Abd Rahman.

Perjumpaan YBK Dengan Blogger,2/3/2010

Serendah – YBK telah mengadakan perjumpaan dengan beberapa bloggers di Asrama Kasih YBK hari ini. Tujuan perjumpaan ini adalah mendengar taklimat operasi asrama Kasih YBK Serendah.

Ceramah Dato Pengerusi YBK Dalam Program Halaqah TV9 - Air Mata Junjungan, 28/2/2010
Ehsan TV9

 

Taklimat Krisis YBK Oleh Dato Zainal Abdin Hj Sakom, Dalam Perjumpaan Bersama Blogger, 24/2/2010

(video ehsan http://neutraldaily.blogspot.com)
Antara Aspirasi & Kuasa - Pembangunan Kampus UiTM Serendah oleh YBK Yang Ditolak oleh Khalid Ibrahim

YBK fail rayuan batal keputusan pentadbir tanah - 25/2/2010 (www.bharian.com.my)

SHAH ALAM: Permodalan YBK Sdn Bhd (Permodalan YBK) memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membatalkan keputusan Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor kerana mendakwa agensi kerajaan negeri itu gagal mematuhi peruntukan undang-undang dalam dua tindakannya.

Kenyataan Akhbar Pengerusi YBK, 5/1/2010

Ehsan video Malaysiakini.com

YBK Buat Laporan Polis Terhadap Kenyataan Media Kerajaan Negeri Selangor - 29/1/2010

Shah Alam - YBK dipimpin oleh Dato Pengerusi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, warga kerja YBK, Alumni Pusat Latihan YBK, anak-anak Asrama Kasih serta beberapa NGO berhimpun di hadapan Balai Polis IPD Shah Alam telah membuat laporan polis berkenaan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Mendekati Kesusahan Keluarga Idris & Faridah, PPRT Lembah Pantai, KL - 19/1/2010

Lembah Pantai - Tiada apa yang mampu diungkapkan selain daripada linangan airmata, itulah pengertian kemiskinan. YBK diwakili ALPA, Datin Hartini mengunjungi keluarga ini menyampaikan sumbangan serta bertanya serba sedikit tentang kehidupan mereka tujuh beranak. Misi YBK adalah untuk anak keluarga ini ditempatkan di Asrama Kasih YBK.

Mesyuarat Sambutan Majlis Makan Malam 20 Tahun YBK - 22/1/2010

Serendah - Berlangsungnya mesyuarat pertama bagi majlis sambutan makan malam 20 tahun YBK. Mesyuarat ini dipengerusiakan oleh Datin Hartini dan dihadiri seramai 25 orang sukarelawan serta kakitangan YBK.

Sidang Akhbar Projek Pembangunan UiTM Serendah oleh PYBK, 8/1/2010

Kelana Jaya - Dato Pengerusi YBK serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK telah mengadakan sidang akhbar berkenaan projek pembangunan UiTM di Serendah oleh anak syarikat YBK iaitu Permodalan YBK Sdn Bhd. Projek pembangunan kampus UiTM yang ditawarkan...

Pameran YBK Bagi Program "Juara Rakyat" di Bukit Sentosa, Rawang - 8 hingga 10 Jan 2010.

Bukit Sentosa - YBK telah membuka gerai pameran semasa berlangsungnya program "Juara Rakyat". Objektif utama pameran ini adalah untuk memperkenalkan YBK secara lebih dekat kepada masyarakat.

 

..lihat arkib berita

YBK Team Development @ 2009 copyright

/