| YAYASAN BASMI KEMISKINAN | No. 32/34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No Fax : 03-78750719 | | Bersama Kami Membantu mereka yang memerlukan | SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM
 

Menu Utama

 

KENYATAAN MEDIA KHAS 4 ISU YBK
24 JUN 2010

1.   MAJLIS MAKAN MALAM AMAL YBK “ MALAM SEJUTA HARAPAN KE-6 ” SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN YBK KE-20

Dengan bertemakan “Malam Harum Kasturi”, Yayasan Basmi Kemiskinan akan menganjurkan Majlis Makan Malam “Malam Sejuta Harapan Ke-6” pada 9 Ogos 2010 ( Isnin ) bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby. Majlis ini bakal dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Majlis ini dianjurkan bagi mengumpul dana untuk membiayai kos operasi Pusat Bimbingan Kanak-kanak Istimewa (PBKi) yang akan dibina oleh YBK di Serendah, Selangor. Selain itu, hasil kutipan melalui jualan meja makan malam ini juga akan disalurkan ke Tabung Sinar Kasih Ramadhan.

Ini merupakan tahun ke-6 YBK menganjurkan Majlis Makan Malam sejak penubuhannya pada tahun 1990. Pada tahun ini, pengisian Majlis Makan Malam YBK bakal menampilkan kelainan daripada tahun-tahun sebelumnya memandangkan ianya diadakan sempena Ulangtahun YBK yang ke-20. YBK mensasarkan 100 meja akan dijual dengan kehadiran tetamu dianggarkan sejumlah 1000 orang. 2 orang artis lagenda tanahair, Ramli Sarip dan Dato’ Khatijah Ibrahim bakal menyerikan majlis tersebut di samping persembahan menarik daripada Kumpulan Kanak-Kanak Istimewa dari Gabungan 7 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daerah Hulu Selangor bersama barisan warga YBK & anak-anak syarikatnya untuk tatapan para tetamu yang hadir.

Pada majlis tersebut, YBK juga akan turut menghargai jasa mereka yang banyak membantu YBK sepanjang 20 tahun penubuhannya dengan penyampaian 2 anugerah iaitu Anugerah Sukarelawan Cemerlang dan Anugerah Tokoh Basmi Kemiskinan.

Kepada mereka yang berminat memberi sumbangan untuk Majlis Makan Malam ini, jualan meja masih lagi dibuka dengan harga serendah RM2000/buah sahaja untuk 10 tempat dan anda boleh menghubungi Cik Wan Afifah / Cik Maiza di talian 03-78750036 / 03-78750382  atau bank-in ke Akaun Yayasan Basmi Kemiskinan : Bank Islam 12038010002132. Semua sumbangan yang diberikan akan mendapat pengecualian cukai ruj JHND (01/35/42/51/179-6-3710), Warta Kerajaan bil. 8954 bertarikh 11 Oktober 1990.

2.0      PROJEK PEMBINAAN PUSAT BIMBINGAN KANAK-KANAK ISTIMEWA (PBKi) YBK

Dalam misi menunaikan tanggungjawab sosial membantu golongan Orang Kurang Upaya ( OKU ), YBK mengambil inisiatif untuk membangunkan satu Pusat Bimbingan Kanak-kanak Istimewa (PBKi) di Daerah Hulu Selangor bagi menampung keperluan lanjutan kepada 7 pusat Pemulihan Dalam Komuniti, PDK yang sedia ada di sekitar daerah Hulu Selangor.

PBKi ini akan dibina di atas tanah berkeluasan 2.5 ekar di PT1281, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor dengan kos pembinaan berjumlah hampir RM7 juta. Pusat ini adalah berkonsepkan ”Advance Centre” dengan menyediakan kemudahan untuk program terapi dan latihan lanjutan serta khidmat nasihat kepada seluruh PDK Daerah yang berhampiran untuk pelbagai kategori kecacatan. Pusat ini juga akan beroperasi secara ’day care’ di mana ibu bapa akan menghantar anak mereka ke pusat ini mengikut program-program yang disediakan. Antara program-program yang disediakan ialah program terapi lanjutan, kelas akademi dan bengkel-bengkel kemahiran.

Objektif

  • Membina & membentuk insan OKU yang mampu berdikari dalam semua aspek kehidupan
  • Membina keyakinan diri untuk bersaing serta menempatkan diri dalam masyarakat
  • Menyediakan kemudahan dan latihan lanjutan bagi menampung PDK Daerah dan Negeri bagi meneruskan kesinambungan pendidikan dan latihan OKU
  • Melahirkan seramai mungkin individu OKU yang boleh diterapkan dalam sektor pekerjaan


Jenis Kemudahan

  • Kelas Akademi
  • Dewan Serbaguna
  • Bilik ”Snoozing / Multi Sensory Room ”
  • ” Hydrotheraphy Pool ”
  • Bengkel / Kelas Vokasional
  • Padang- Untuk Aktiviti-Aktiviti Sukan
  • Pusat Rekreasi – Lantai Pejalan Kaki Dari Batu Refleksologi
  • Tapak Tanah Untuk Aktiviti Pertanian / Hidroponik
  • Pejabat Pentadbiran & Pusat Maklumat
  • Bilik Penginapan Sukarelawan
  • Bilik Mesyuarat
  • Kantin
  • Bilik Rehat Untuk Ibu Bapa Dan Tetamu
  • Bilik Galeri & Pameran
  • Bilik Rawatan
  • Van Pengangkutan / Kecemasan

3.0      PROGRAM SINAR KASIH RAMADHAN 1431H / 2010

Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba, Yayasan Basmi Kemiskinan mengambil pendekatan menganjurkan Program Sinar Kasih Ramadhan 1431H / 2010. Program ini telah memasuki tahun yang ke-3 dianjurkan oleh YBK di mana YBK mensasarkan jumlah keluarga miskin yang terpilih di seluruh negara adalah seramai 1,000 buah keluarga.

Program Sinar Kasih Ramadhan ini merupakan program meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai dan sektor korporat untuk memberi sedekah kepada keluarga miskin yang terpilih di seluruh negara. Sedekah yang diserahkan kepada YBK akan diagihkan kepada keluarga termiskin berdasarkan keperluan Pendapatan Garis Kemiskinan (Miskin) iaitu RM430.00 sebulan. Konsep program ini adalah untuk menyediakan keperluaan makanan berjumlah RM430 untuk diagihkan bagi setiap keluarga sepanjang Bulan Ramadhan. Jumlah keperluan makanan bagi setiap keluarga miskin ini dinilai dan diukur berpandukan Statistik Pendapatan Garis Kemiskinan 2007 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan.
Figure 1 - Pendapatan Garis Kemiskinan 2007


Kawasan

Miskin

Miskin Tegar

Isi Rumah (RM)

Per Kapita (RM)

Isi Rumah
(RM)

Per Kapita

Semenanjung

720

156

430

93

Sabah

960

208

540

117

Sarawak

830

180

520

113

Pada tahun 2002, YBK bersama PIMPINAN dan dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor  pernah melaksanakan Program KASIH RAMADHAN 1422H / 2002 dan berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM98,200.00. Manakala pada tahun 2009, YBK bersama Karangkraf, PIMPINAN dan Usahanita berjaya mengumpul  dana berjumlah RM91,825 dengan kos perbelanjaan program berjumlah RM295,481.25 di mana kekurangan baki kos telah ditampung sepenuhnya oleh dana YBK sendiri untuk disalurkan kepada 376 buah keluarga di seluruh negara.

Objektif Program  Sinar Kasih Ramadhan

  • Usaha bersepadu untuk mendidik, menggerak dan meningkatkan kesedaran masyarakat Islam terhadap  amalan bersedekah.
  • Untuk menyediakan keperluan asas pada kadar mencukupi sepanjang bulan Ramadan untuk golongan fakir miskin.

Kaedah Sumbangan

  • Penderma boleh menyumbangkan wang tunai mengikut agihan RM 430 bagi setiap keluarga kepada YBK untuk menampung keperluan makanan minimum sepanjang bulan Ramadhan iaitu  Beras (27.0 kg), Tepung Gandum (6.5 kg), Biskut (4.1 kg), Susu Tepung Penuh Krim (5.4 kg), Minyak Masak (6.6 kg),  Marjerin (6.6 kg), Gula Putih (3.0 kg). Penderma juga boleh memberi sumbangan lebih daripada satu keluarga.
  • Sumbangan melalui cek yang boleh dibayar atas nama ‘YAYASAN BASMI KEMISKINAN’ dan ditulis di belakang cek ‘PROGRAM KASIH Ramadhan 1431H / 2010
  • Penyumbang juga boleh memberi sumbangan melalui Tabung Sinar Kasih Ramadhan yang akan disediakan di premis yang sesuai dan strategik.
  • Sumbangan juga boleh dibayar terus ke dalam akaun YBK Bank Islam Malaysia Berhad – No Akaun 12038010002132 dan faxkan slip bayaran ke YBK No Fax 03-78730719

 

 

 

 

 
 

YBK Team Development @ copyright