SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H / 2010"| MAJLIS MAKAN MALAM "MALAM HARUM KASTURI" ditunda pada 30/9/2010(Khamis)| Keterangan Lanjut Tel : 03-78750036 |
 

Kutipan Sinar Kasih Ramadhan 1431H/ 2010 - RM109,220

ATIVITI TERKINI

1/9/2010
Majlis Berbuka Puasa YBK


(kegunaan staff sahaja)

Bil. pelawat sejak 14/2/2009

brainwave entrainment  

 
SISTEM DATA YBK

ARKIB VIDEO YBK
 
 
 
 

MAJLIS BERBUKA PUASA YBK - 1/9/2010

PETALING JAYA - YBK mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di 'Khadijah Kitchen' dihadiri hampir 65 tetamu. Majlis ini diserikan dengan kehadiran YB Datuk Ahmad Mazlan dan Isteri, ALPA YBK, YBKU, pihak media dan sukarelawan YBK.

PENYERAHAN SUMBANGAN SKR 2010 DI PASIR GUDANG 1431H / 2010 - 30/8/2010

Pasir Gudang - Seramai 50 orang penerima Sinar Kasih Ramadhan 1431H/ 2010 (SKR2010) telah berkumpul di Surau al-Hafiz, Taman Bukit Dahlia bagi kawasan Pasir Gudang, Johor. Majlis bermula jam 6 petang ini telah di hadiri Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Hj Mohamed Khaled Nordin.

KELAB EKPLORASI 7 BENUA MALAYSIA SUMBANG RM25000 KEPADA YBK 24/8/2010

YBK BERSAMA DALAM PELANCARAN KOPERASI WARISAN MELAKA BERHAD 8/8/2010

Air Keroh, Melaka - YBK diwakili oleh Dato pengerusi, ALPA dan staff YBK telah bersama dalam pelancaran Koperasi Warisan Melaka Bhd (KOWARIS) dan Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri Melaka dan Yang di-Pertua Negeri Melaka serta warga negeri Melaka.

SEKITAR PENYERAHAN PROGRAM SINAR KASIH RAMADHAN 1431H 8-11/8/2010

Mulai 8/8/2009 dan 11/8/2009, YBK mengagih-agihkan sumbangan KASIH Ramadhan 1431H/2010 kepada keluarga termiskin seluruh Semenanjung Malaysia.

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN KE-4, KG BATU 14, HULU LANGAT 8/8/2010

Hulu Langat - Program saringan kesihatan ke-4 ini telah dijalankan di di Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Batu 14 Hulu Langat. Seramai 50 orang wanita menjalankan pemeriksaan saringan kesihatan seperti pemeriksaan payudara, ‘Pap Smear’, Tekanan Darah, Glukos, kesihatan am dan berat badan unggul.

KIMMA - YBK bersama dalam Sinar Kasih Ramadhan 1431H 2/8/2010

Kuala Lumpur - Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) telah bekerjasama dengan YBK dalam menjayakan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 1431H. Melalui bantuan KIMMA ini, 11 restoran india muslim menyumbang RM 35,690 untuk diagih-agihkan kepada keluarga miskin terpilih.

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN KE-3, KG JENDERAM HILIR, SEPANG 31/7/2010

Sepang - Program saringan kesihatan ke-3 ini telah dijalankan di pejabat KEMAS Kampung Jenderam Hilir. Seramai 60 orang wanita menjalankan pemeriksaan saringan kesihatan seperti pemeriksaan payudara, ‘Pap Smear’, Tekanan Darah, Glukos, kesihatan am dan berat badan unggul.

Lawatan Kunjung Hormat Media YBK - THE STAR 29/7/2010

Seksyen 16, KL - Merupakan program lawatan ke-3 YBK bertemu dengan PIHAK media. Objektif lawatan ini adalah untuk YBK dan The Star saling mengenali dengan lebih dekat lagi serta berkongsi isu-isu terkini.

PROGRAM RAMAH MESRA YBK - MEDIA 24/7/2010

SUNWAY - YBK telah mengadakan satu program bersama pihak media yang berlansung di Pusat Bowling Sunway Pyramid. Pertandingan bowling ini adalah salah satu program ramah mesra YBK bersama pihak media dalam menghargai tugas mereka dalam menyampaikan informasi baik dalam media cetak atau media elektronik.

Pelancaran Sinar Kasih Ramadhan 1431H/ 2010 - 19/7/2010

SSHAH ALAM - Program Sinar Kasih Ramadhan 1431H/ 2010 dilancarkan secara rasminya bertempat di Ibu pejabat Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Program ini anjuran bersama YBK dan akhbar Sinar Harian bermatlamat memberi sumbangan berbuka dan bersahur sepanjang bulan Ramadhan ini.

PROGRAM SINAR KASIH RAMADHAN 1431/2010

Program Sinar Kasih Ramadhan ini merupakan program meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai dan sektor korporat untuk memberi sedekah kepada keluarga miskin yang terpilih di seluruh negara. Sedekah yang diserahkan kepada YBK akan diagihkan kepada keluarga termiskin berdasarkan keperluan Pendapatan Garis Kemiskinan (Miskin) iaitu RM430.00 sebulan.

 

..lihat arkib berita

YBK Team Development @ 2009 copyright
No 32 & 34, Jalan SS 7/24, Kelana Jaya, 47301 Kelana Jaya, Selangor.
Tel : 03-78750036 Fax : 03-78750719
E-mail : ybk@ybk.org.my