KALUMPANG, 4 April 2015 - ProgramĀ Motivasi Kecemerlangan Pelajar YBK membuka tirai apabila siri pertama telah diadakan di SMK Kalumpang melibatkan 30 orang pelajar. Modul program ini adalah berasaskan 'Neuro-Linguistic Programming' (NLP) yang telah disesuaikan dengan tahap pemahaman pelajar. Jurulatih daripada YBK, En. Zulhairy Jalaluddin telah mengelola sesi berdasarkan metodologi teori dan praktikalĀ sambilĀ dibantu oleh pegawai YBK yang hadir. Kaunselor sekolah, Cikgu Ahmad Zaki Yahut turut sama hadir.

Sesi yang bermula jam 8:30 pagi memberi fokus kepada aspek kecemerlangan, emosi, keadaan diri dan matlamat sebagai seorang pelajar. Konsep NLP diperkenalkan melalui teori dan praktikal seperti gerakan 'state management/incantation', 'SWISH pattern' dan pelbagai lagi. Sesi selama 4 jam itu memberi keterujaan kepada pelajar dan rata-rata memberi komen yang positif dan meminta diadakan sesi seumpamanya di masa-masa akan datang. Cenderahati berupa novel 'Destini Di Penghujung Pelangi' turut diberikan kepada pelajar yang menunjukkan kesungguhan sepanjang sesi.

Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar YBK adalah siri motivasi yang akan diadakan di sekolah-sekolah terpilih dan diharapkan motivasi ini akan memberi impak positif dan semangat kepada pelajar untuk memberikan yang terbaik dan memcorak minda menjadi seorang pelajar yang cemerlang daripada sudut minda, sikap dan matlamat yang sempurna.