SERENDAH, 16/4/2015 - Komuniti Orang Asli di Kg Ulu Melaka, Serendah terus mendapat perhatian YBK dengan sesi ziarah bulanan bagi mendekati masyarakat di sana. Ziarah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif dakwah kepada masyarakat orang asli di mana Kg Ulu Melaka merupakan 'kampung angkat' YBK. Sesi ziarah ini menyaksikan YBK telah menyumbang keperluan harian kepada wakil-wakil keluarga yang hadir. Seramai 160 wakil keluarga hadir pada sesi ini.

Penyerahan keperluan harianini telah dilaksanakan di Surau Al Ikhlas, K.O.A Β dan satu taklimat ringkas turut diadakan oleh Pengerusi JKKK, Pegawai YBK, JASA Hulu Selangor dan wakil JAKIM. Anak-anak orang asli yang hadir turut diberi buah tangan. Wakil keluarga yang hadir berasa teruja dan gembira serta memberikan kerjasama yang baik. Program dakwah orang asli ini akan diteruskan dan YBK komited untuk menyumbang dan membangunkan komuniti ini sejajar dengan semangat 'YBK Peduli!'