KUALA SELANGOR, 30 April 2015 - Siri Motivasi Kecemerlangan Pelajar YBK diteruskan dengan satu sesi khas yang diadakan di Pusat Latihan YBK Kuala Selangor (PLYBK). Seramai 30 orang pelatih baru Sijil Pelukis Bangunan dan Sijil Penyelenggaraan Pendingin Hawa terlibat dalam sesi kali ini. Sesi bermula pada jam 3 petang dan berlangsung selama 3 jam secara berterusan.  Seramai 3 orang pegawai YBK terlibat menjayakan sesi motivasi ini. 

Siri ini adalah unik kerana melibatkan pelatih lepasan sekolah berbanding siri-siri sebelumnya yang menerima penyertaan pelajar Tingkatan 5. Justeru modul yang dibentangkan telah disusun atur sesuai dengan pemahaman remaja peringkat pengajian tinggi tetapi masih mengekalkan Neuro Linguistic Programming (NLP) sebagai teras utama. Para pelatih telah didedahkan dengan idea kecemerlangan, konsep 'world class' dan pembentukan sikap dan nilai yang baik. Praktikal berupa corak NLP seperti 'State Management', 'Wayang Minda' dan 'Soalan Keajaiban' turut dibentangkan.

Sesi ini menjadi penanda aras kepada Unit Motivasi YBK bagi menyesuaikan modulnya supaya boleh digunapakai bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi juga di peringkat institusi pengajian tertier. Rata-rata pelatih berpuas hati dengan sesi yang dilaksanakan. Siri seterusnya akan diadakan pada 9 Mei 2015.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;