Β 

17 Jun 2015, Tanjung Sepat - Penyerahan Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan di Tanjung Sepat, Sepang dan disampaikan oleh YBhg Dato’ Haji Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Senarai penerima diperolehi dari Puan Norlida Parjoh, Pegawai JASA Sepang dan Saudari Farah yang juga Sukarelawan YBK Sepang.
Antara penerimanya adalah seperti berikut:-
1) Salbiah Rosli
Salbiah Rosli mengidap penyakit darah tinggi, diabetes, kanser pangkal rahim dan buah pinggang dan terpaksa mendapat rawatan secara berkala di klinik Kesihatan Tanjung Sepat. Zainuddin Kassim, suami beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan sebanyak RM 900 sebulan. Keluarga ini menetap bersama Nurul Nabila, anak, suami dan 3 orang anak kecil. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 017-2831230.
2)Ngadun Garing
Ngadun Garing bekerja sebagai buruh dengan pendapatan yang tidak menentu. Khazanah Ambri, isteri hanya suri rumah sepenuh masa dan telah dipotong 4 jari disebabkan penyakit diabetes yang kronik. Masih menanggung 3 orang anak yang baru mula kerja dengan pendapatan yang tidak menentu. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019-3954088.
3) Samingon Rasman
Samigon Rasman hanya petani kampung yang berpendapatan RM 700 sebulan. Painam Sarimin telah mengalami kecacatan kekal sejak 13 tahun yang lalu dan kini terlantar akibat strok. Menanggung 2 orang cucu yang masih bersekolah. Keluarga boleh dihubungi ditalian 013-2174078
4)Zakery Ngah
Zakery Ngah bekerja sebagai buruh kampung dengan pendapatan RM 700 sebulan. Maziah Paujan, isteri adalah suri rumah sepenuh masa yang juga mempunyai penyakit sawan. Menanggung 4 orang anak yang masih bersekolah dan seorang yang berusia 3 bulan. Keluarga boleh dihubungi ditalian 013-3436927.
5)Hairol Aziz
Hairol Aziz dan Nita Zakaria, isteri tidak bekerja kerana menjaga anaknya, muhammad Fadzlee Firdaus yang telah mengalami kecacatan akibat kemalangan kekal sejak 7 tahun lalu. Sumber pendapatan keluarga ini adalah dari 2 orang anaknya yang telah bekerja. Menanggung 4 orang anak yang masih bersekolah dan ibu mertua yang berusia 76 tahun. Keluarga ini bolehlah dihubungi di talian 010-8962535.