SERENDAH, 27 Februari 2016 - Koperasi Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor Berhad (Ko-Kasih) telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-3 di Asrama Kasih YBK Serendah. Agenda mesyuarat ini adalah untuk melaporkan kedudukan terkini Ko-Kasih, melantik ahli lembaga koperasi yang baru dan membincangkan hala tuju dan perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Ko-Kasih, Datin Hartini Osman dan ucapan perasmian oleh Pengerusi YBK merangkap Penasihat Ko-Kasih, Dato' Zainal Abidin Sakom. Beliau menyeru agar Ko-Kasih lebih kreatif dalam mencari idea dan peluang menambah pendapatan untuk manfaat para ahli. Seramai hampir 30 orang ahli telah hadir dalam mesyuarat ini. Sesi diteruskan dengan perlantikan pengerusi dan setiausaha mesyuarat, perlantikan ahli lembaga koperasi sesi 2015/2016, pembentangan laporan tahunan serta prestasi kewangan Ko-Kasih dan perincian strategi di samping perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5:00 petang.