SERENDAH, 18 Mac, Jumaat. Pengurusan Asrama Kasih YBK sekali lagi tahun ini mengadakan Hari Induksi sebagai satu cara meningkatkan kefahaman kakitangan pada Visi dan nilai teras Asrama Kasih Ybk. Seramai 10 orang kakitangan iaitu 7 daripada Asrama Kasih Serendah dan 3 orang kakitangan Asrama Kasih Jambor termasuk Pengetuanya.
Program bermula pada jam 9.30 hingga 10.00pg dengan aktiviti ice breaking untuk membina kejelikatan antara peserta. 10.00 hingga 11.00 sesi suai kenal antara peserta. Kemudian di sambung dengan aktiviti berkumpulan iaitu sesi Case Study yang melibatkan cabaran dan strategi ASKAYBK menuju Visi Pusat Kecemerlangan. 4 kumpulan telah dibahagikan dengan isu-isu yang perlu dibincangkan di dalam kumpulan dan dibentangkan. Antara isunya ialah. 1. Strategi meningkatkan kesedaran pelajar. 2. Strategi mendapatkan komitmen Ibu Bapa. 3. Strategi menjana potensi gerak kerja Kakitangan Asrama dan ke 4. Strategi memanfaatkan Fasiliti asrama. Aktiviti ini dibimbing bersama Pengetua Asrama Kasih YBK Pn. Halimaton Saadiah
Selepas solat Jumaat disambung dengan perkongsian ilmu bersama Tn.Hj Fuad. Founder Focus Group mengenai kerja berpasukan. Program selesai pada jam 6 petang.