Kota Kuala Muda, 26/5/2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2016 kepada keluarga Azizan Muhd Din, Desa KEDA Bukit Tukan Jusoh Kota Kuala Muda. Rumah adalah sumbangan KEDA melalui program perumahan PPRT. Beliau yang mengidap pelbagai penyakit tidak bekerja. Kehidupan keluarga ditanggung oleh isterinya Tuan Sabarina bt Tuan Taib yang bekerja sebagai pembantu kantin sekolah dengan pendapatan RM800 yang menyara anak yang bersekolah di mana 3 di SMK Kuala Muda dan 2 orang SK Sri Kuala. Semasa YBK mengunjungi rumahnya 3 anaknya tidak bersekolah kerana ibunya yang bekerja dan suami di rumah sakit. Keluarga boleh dihubungi 011-4437840 atau Munawir Azizan 0124755104 Sumbangan disampaikan oleh Tuan Hj Hamzah Jali bersama Cegu Munawir Azizan  Pen Kanan SMK Kuala Muda.

Kota Kuala Muda, 26/5/2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan mengagih sumbangan | sedekah Sinar Kasih Ramadhan SKR2016 kepada Puan Yusliza Bt Md Yusof. Beliau merupakan seorang ibu tunggal dari Perumahan KEDA Kg Tepi Sungai Kota Kuala Muda Kedah. Rumah peninggalan suami adalah sewa beli dari pihak Kemajuan Negeri Kedah yang masih tertunggak. Pekerja kilang yang berpendapatan rendah terpaksa menyara 6 orang anak, 5 (7 hingga 17 tahun) darinya masih bersekolah. Mana kala seorang tercicir tidak bersekolah. Keluarga boleh dihubungi 014-2535962.Sumbangan disampaikan oleh Tuan Hj Hamzah Jali ALPA YBK bersama Cegu Munawir Azizan Penolong Kanan SMK Kota Kuala Muda. Sumbangan SKR2016 ini adalah merupakan tajaan dari Arah Semangat Sdn Bhd.

Kota Kuala Muda, 26/5/2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah memberi sumbangan | mengagih sedekah berbuka dan bersahur dalam Program SKR2016 kepada Encik Khairul Nizam b Ahmad dari Kg Paya Hujung Datang Kota Kuala Muda Kedah. Seorang nelayan Kuala Muda menyara 5 orang anak (6-19 tahun) yang masih belajar. Manakala isterinya Zaharani bt Jaafar tidak bekerja. Keluarga boleh dihubungi 013-5935257 atau Cegu Munawir 012-4755104. Sumbangan disampaikan oleh Tuan Hj Hamzah Jali ALPA YBK bersama Cegu Menawir Azizan Penolong Kanan SMK Kota Kuala Muda. Sumbangan SKR2016 ini adalah merupakan tajaan dari Arah Semangat Sdn Bhd.

Kota Kuala Muda, 26/5/2016 - Yhari ini Yayasan Basmi Kemiskinan memberi sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2016 kepada Puan Norsitoh bt Ismail dari Kg Sungai Emas Kota Kuala Muda Kedah. Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang menjual kuih dan menjaga anak jiran sebagai punca pendapatan keluarga menyara 5 orang anak (7-21 tahun) yang masih belajar. Keluarga boleh dihubungi 013-5865996 atau Munawir Azizan 012-4755104. Sumbangan SKR20016 telah disampaikan oleh Tuan Hj Hamzah Jali ALPA YBK bersama Cegu Munawir Azizan Pen Kanan SMK Kota Kuala Muda.  Sumbangan SKR2016 ini adalah merupakan tajaan dari Arah Semangat Sdn Bhd

Kota Kuala Muda, 26/5/2015 - Yayasan Basmi Kemiskinan memberi sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2016 kepada keluarga Muhd Yusof bin Saad dari Kg Sg Emas Hujung Ban. Semasa lawatan rumah mereka baru saja dipukul angin ribut pada malam sebelumnya menyebabkan sebahagian atap tanggal. Beliau merupakan seorang nelayan tempatan yang menanggung 4 orang anak yang bersekolah. Isterinya Suliati Hamid hanya seorang suri rumah sepenuh masa. Keluarga ini boleh dihubungi 017-4698929 atau Cegu MUnawir Azizan 012-4766104. Sumbangan disampaikan oleh Tuan Hj Hamzah Jali ALPA YBK dan Cegu Munawir Azizan dari SMK Kota Kuala Muda.

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;