SUBANG BESTARI, 30 Mei 2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini bersama Guru Penolong Kanan HEM SMK Subang Bestari, Cikgu Bahari telah mengadakan kunjungan ke rumah 4 keluarga bagi menyerahkan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR). Sumbangan ini adalah daripada En. Zulkifli Amin Nordin. Keluarga yang telah menerima adalah;

En. Roslan Ahmad, seorang bekas peguam dan tinggal di rumah asnaf zakat (Pangsapuri Seri Purnama). Beliau pernah mengusahakan sebuah kedai membasuh kereta bagi menjana pendapatan tetapi terpaksa ditutup akibat kekurangan modal dan keadaan dirinya yang kurang sihat. Isteri beliau bekerja sebagai pembantu kedai dobi dengan pendapatan RM600 sebulan. Beliau menanggung 8 orang anak yang masih belajar di sekolah.

Walaupun serba kekurangan, En Roslan adalah seorang aktivis yang bergiat aktif di kawasan pangsapurinya dan sekitar dalam memperjuangkan hak asnaf zakat. Beliau tidak jemu membantu asnaf-asnaf di kawasan beliau untuk keluar daripada kemiskinan melalui motivasi di samping bantuan-bantuan lain.

En Roslan boleh dihubungi di talian 012 256 6911.

Puan Norhaizan bt Udin adalah seorang ibu tunggal dan menghidap masalah kesihatan diabetes. Beliau mencari rezeki dengan mengambil tempahan kek dan kuih-muih untuk dijual di kedai berhampiran dan individu.

Pendapatan daripada hasil jualan adalah tidak menentu dan bergantung kepada bilangan tempahan yang diterima, paling tinggi adalah RM700 sebulan. Beliau tinggal di apartmen milik zakat dan menerima bantuan bulanan yang tidak seberapa. Beliau menanggung anak seramai 3 orang yang masih belajar.

Puan Norhaizan boleh dihubungi di talian 014 639 2600.

Encik Ridzwan b Zamri, bekerja sebagai anggota RELA. Sebagai anggota separuh masa, pendapatan beliau adalah tidak menentu. Isteri beliau menjual kuih-muih secara kecil-kecilan dengan pendapatan kasar RM30 sehari. Beliau menanggung 9 orang anak, seorang daripadanya adalah OKU berusia 18 tahun. Beliau tinggal di rumah pemberian Zakat Selangor, dan ada menerima bantuan selaku asnaf zakat. Sumbangan SKR disampaikan oleh Cikgu Bahari, Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Pelajar) SMK Subang Bestari.

Encik Ridzwan boleh dihubungi di talian 011 2328 8515.

Puan Norzeimah bt Abdullah, seorang ibu tunggal tinggal di Kampung Sri Muhibbah. Beliau menyara keluarga dengan membuka gerai di hadapan rumahnya menjual nasi lemak pada hari bekerja (Isnin-Jumaat), manakala hujung minggu menjadi tukang masak di Paya Jaras. Pendapatan kasar bulanan beliau adalah RM800 sebulan dan tinggal bersama ibunya. Beliau menanggung 4 orang anak yang masih belajar.

Puan Norzeimah boleh dihubungi di talian 011 1505 9708.

Encik Sallehuddin b Shari tinggal di pangsapuri ihsan daripada zakat. Beliau bekerja sebagai penebar roti merangkap pembantu kedai di gerai berhampiran sekolah. Pendapatan sebulan sekitar RM1000 dan beliau perlu bekerja setiap hari agar perbelanjaan harian keluarga dapat dipenuhi. Isteri beliau tidak bekerja. Beliau menanggung 4 orang anak di mana 3 orang masih bersekolah dan seorang lagi baru berumur satu tahun.

Encik Sallehuddin boleh dihubungi di talian 018 213 3567.