Kg Gesir, Hulu Selangor, 3/6/2016 ā€“ Yayasan Basmi Kemiskinan mengagihkan sumbangan | sedekah Sinar Kasih Ramadhan 2016 kepada 3 keluarga miskin terpilih seklitar Kg Gesir Tengah. Penyampaian disempurnakan oleh Farahin Izreen Ismail, Pengetua Asrama Kasih Gesir bersama pimpinan tempatan.

Keluarga Kharil Faiezi bin Zinudin. Beliau berniaga kecil-kecilan untuk menampung 5 orang aƱƠk dan isterinya. Anak sulung beliau tingkatan 4 terpaksa berhenti sekolah atas sebab tidak mampu untuk menyediakan pakaian sekolah yang bersaiz besar. Bukan itu sahaja anak ketiga yang berumur 10 tahun terpaksa berhenti sekolah rendah agama kerana tidak mampu untuk membayar yuran sekolah. Sumbangan diserahkn oleh Abdul Manap bin Shaari, pegawai Adun Hulu Bernam. Turut serta Abd Razak bin Baki, Pengerusi JKKP Gesir.

Keluarga En. Mohd Nazri bin Jakariya di Kampung Gesir Tengah, Sumbangan disampaikan oleh Tuan Abdul Manap bin Shaari, pegawai ADUN Hulu Bernam. Turut serta Abd Razak bin Baki, Pengerusi JKKP Gesir. Encik Mohd Nazri yang bekerja sebagai pengawal keselamatan hanya berpendapatan RM900.00 sebulan menanggung segala pembayai persekolahan 6 orang anaknya. Mereka tinggal dirumah pusaka arwah ibunya.

Ibu tunggal Puan Asiah BT Jamaludin . Beliau tidak dapat bekerja kerana mengalamai masalah kesihatan. Beliau menghidap penyakit kencing manis , Asma Dan darah tinggi. Beliau hanya berharap duit belanja Dari anak2 yang akan tidak seberapa. Status tanah yang diduduki tanah rezab. Sumbangan di serahkan oleh Tuan Abdul Manap pegawai adun hulu bernam ,turut serta ketua wanita umno Gesir Dan Kampung Lalang, Pengerusi JKKP Gesir Abdul Razak bin Baki Dan Kampung Lalang Yeop Azahari bin Yeop Mat Selan dan Pengetua ASKA Jambor Sakti Farahin Iszreen Ismail.

Keluarga Radzuan bin Osman. Beliau mempunyai 2 orang anak dan menampung keluarga dengan hasil kerja-kerja kampung. Dulu menumpang di rumah ibunya. Kini beliau menyewa rumah yang usang di kampung gesir. Isteri beliau mempunyai masalah pendengaran. Sumbangan SKR disampaikan oleh Tuan Abdul Manap pegawai adun hulu bernam ,turut serta ketua wanita umno Gesir Dan Kampung Lalang, Pengerusi JKKP Gesir Dan JKKKP Kampung Lalang.

Ā 

Ā