Rawang, 08 Jun 2016 – Yayasan Basmi Kemiskinan mengagihkan sumbangan | sedekah Sinar Kasih Ramadhan 2016 kepada 4 keluarga miskin terpilih di sekitar Rawang. Sumbangan disampaikan oleh Dato HJ Bing Selamat bersama Zulkefli Zali, Pengetua Pusat Latihan YBK Kuala Selangor

Pn Tati Parni bte Munir (berasal dari Indonesia) yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit dan terpaksa berulang ke Bukit Beruntung setiap hari. Mujur majikan beliau yang mengambil dan menghantar ke tempat kerja. Suami beliau meninggal sewaktu bekerja sebagai Pengawal Keselamatan. Beliau memberitahu rakan-rakan bahawa beliau letih dan rakannya menyuruhnya berehat di dalam pos. Keesokan paginya barulah mereka menyedari arwah telah tidak sedarkan diri. Arwah meninggalkan 2 anak yang masih bersekolah di SMK Batu 16, Rawang

Zainon bte Yeop Muhammad seorang ibu tunggal yang yang telah kehilangan suami setahun yang lalu membesarkan 6 orang anak dan seorang masih bersekolah. Anak beliau yang lain tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menumpang hidup dengan ibu mereka. Manakala 2 orang anak beliau yang telah berkahwin pula menetap berasingan. Beliau juga menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Menetap dirumah pusaka tinggalan ayah beliau meringankan beban tempat tinggal.

Normah bin Jantan merupakan seorang ibu tunggal yang hidup sendirian tanpa sebarang pendapatan keranabeliau tidak mampu lagi mengurut Lebih malang lagi anak-anaknya seramai 7 orang telah membawa haluan masing-masing dan jarang menjenguk ibu mereka. Lebih memilukan, anak bongsu beliau yang selalu membantu beliau berada dalam tahanan. Beliau yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis yang serius dimana beliau terpaksa menyuntik insulin sebanyak 4 kali sehari. Pn. Normah juga berulang alik ke Hospital Kuala Lumpur menaiki motorsikal bersendirian tetapi sejak kakinya luka dan berbalut, beliau menaiki komuter tanpa teman.  Rumah yang beliau duduki merupakan rumah yang dibina diatas tanah rizab TNB dan bekalan air juga diperolehi dari ihsan jiran.

Sebarang bantuan dari mana-mana sumber juga belum pernah diperolehi setakat ini. Kerana hidup bersendirian, rumah beliau juga sering menjadi sasaran penjenayah yang telah beberapa kali memecah masuk rumah beliau dan kehilangan pelbagai aset seperti motorsikal, tong gas dan peralatan lain.

Pn Sarfinnisa bte Mohamed Ali (berasal dari India) wakil kepada suaminya En Mhd Ali bin Abdullah. Mereka berdua tidak bekerja dan mengharapkan ehsan anak-anak untuk meneruskan kehidupan. Keluarga India Muslim yang berdepan kekangan kewangan. Hidup dirumah sewa RM350 sebulan yang serba kekurangan dan sempit dengan penghuni seramai 16 orang termasuk menantu dan cucu-cucu yang masih kecil.

Bayangkan rumah yang dikongsi sehinggakan terpaksa berhimpit dan bersesak.