SHAH ALAM, 27 Mei 2016 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) diteruskan dengan enam keluarga di kawasan Jalan Kebun, Shah Alam. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;

Bekerja sebagai pemandu lori dengan punca pendapatan yang tidak menentu, Mohd Badli Abu Hassan 37 tahun, menyewa sebuah rumah RM300 sebulan tinggal bersama isteri, Sri Herma Abd Hamid dan 6 orang anak di Jalan Bukit Naga, Klang. Empat orang anak beliau masih lagi bersekolah iaitu Sulfida Nurmilra (13 tahun), Syahwaizah Airaziah (11 tahun), Umi Umaiyara (7 tahun) dan Umi Aliya (7 tahun). Sumbangan SKR 2016 yang diterima daripada OUD Asset Management Sdn. Bhd. ini telah disampaikan oleh Guru SMK Jalan Kebun, Pn Rositah. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 03-7875 0036 (YBK-Alia).

Mat Nor Mt Saleh, 44 tahun, bertuah kerana mendapat bantuan daripada program mesra rakyat dengan membina sebuah rumah di tanah ibu beliau di Batu 7Β½ Jalan Kebun, Klang. Berkebun menjadi punca pendapatan dengan anggaran pendapatan RM800 sebulan beliau menyara isteri Rosnah Dollah dan 3 orang anak yang masih bersekolah iaitu Nor Maliyana (20 tahun – IPTS), Nor Anis Izzaty (15 tahun) dan Muhamad Hadif (13 tahun). Sumbangan SKR 2016 yang diterima daripada OUD Asset Management Sdn Bhd Β ini telah disampaikan oleh Guru SMK Jalan Kebun, Pn Rositah. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 016-243 1104 (Mat Nor).

Setelah 10 bulan mengalami strok sebelah badan, Mohammed Tamsir Kalam, 58 tahun, tidak mempunyai punca pendapatan. Hanya bergantung daripada sumbangan anak yang telah bekerja Β dan pendapatan isteri Fasiah Abd Majid yang menjaga 2 orang anak jiran. Kesusahan dan kesempitan bertambah apabila rumah yang diduduki perlu dibayar sewa dalam RM300 sebulan dan 2 orang anak yang masih bersekolah iaitu Mohd Azharul Hakim (16 tahun) dan Norazwin (13 tahun). Keluarga ini tinggal di Batu 7, Jalan Kebun, Klang. Sumbangan SKR 2016 yang diterima daripada OUD Asset Management Sdn. Bhd. ini telah disampaikan oleh Guru SMK Jalan Kebun, Pn Rositah. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 011-248 0645 (Fasiah).

Tidak mempunyai sumber pendapatan kerana tidak berupaya dan menghidap kencing manis, Hassan Murshid Hassan Muntaat, 51, hanya mampu tinggal dirumah di Lorong Haji Yusuf Batu 7 Jalan Kebun Klang.Isteri Nora Abdul Ghani mencari pendapatan dengan bekerja sambilan dengan pendapatan yang tidak menentu bagi menyara 8 orang anak yang masih bersekolah iaitu Hassan Hanis Farid (23 tahun – Unisel), Hassan Zaid (21 – KPTM Cheras), Zsa Zsa Nurain (19 – KKTM Kuantan), Hassan Fareeq (14 tahun), Hassan Firdaus (13 tahun), Hassan Raidkasfil (12 tahun), Hassan Hadi (10 tahun) dan Nora Lisa (6 tahun). Sumbangan SKR 2016 yang diterima daripada OUD Asset Management Sdn. Bhd. ini telah disampaikan oleh Guru SMK Jalan Kebun, Pn Rositah. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 017-632 9597 (Nora).

Tinggal di rumah yang kecil tidak mematahkan semangat Mohd Azli Hormat, 44 tahun, mencari rezeki dengan menyara keluarga hasil pendapatan daripada bekerja sebagai guru agama. Beliau menyara isteri Massitah Rahman bersama 5 orang anak yang masih bersekolah iaitu Mohd Syahmi (18 tahun), Syahmina (14 tahun), Ain Nor Anisah (17 tahun), Ain Nur Asyikin (16 tahun), dan Alif Muzakkir (13 tahun). Mereka sekeluarga tinggal di Jalan Johan Setia, Klang. Sumbangan SKR 2016 yang diterima daripada OUD Asset Management Sdn. Bhd. ini telah disampaikan oleh Guru SMK Jalan Kebun. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 017-672 5949 (Mohd Azli).

Bekerja sebagai pengawal keselamatan, Azman Abdul Rahman, 44 tahun, tinggal bersama isteri Hasnah Ahmad Tajudin dan 7 orang anak di Kg Johan Setia Klang. Hasil pendapatan beliau dan isteri dalam anggaran RM1000 sebulan ini terpaksa menyara 5 orang anak yang masih bersekolah iaitu Nurfhatiah (17 tahun), Nurhidayah (14 tahun), Nursuhaidah (13 tahun), Mohamad Shafiqrul (11 tahun) dan Mohamad Shafuan (8 tahun). Manakala 2 lagi anak lelaki beliau masih tidak bekerja. Sumbangan SKR 2016 yang diterima daripada OUD Asset Management Sdn. Bhd. ini telah disampaikan oleh Guru SMK Jalan Kebun. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 017-233 4770 (Azman).