RAWANG, 1 Julai 2016 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) diteruskan dengan dua keluarga di kawasan Tasik Biru, Rawang. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;

Melawat keluarga Azizah bt Kusran di Lorong 7, Taman Tasik Biru. Berpisah dengan suami dan kini masih dalam proses penyelesaian harta sepencarian. Bekerja sebagai pembantu taska dengan gaji RM500 sebulan. Mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah menengah dan rendah. Keluarga ini turut dibantu oleh JKM RM400.00 setiap bulan.

Keluarga ke-2 pula ialah Rozali Md Isa dan Pn Faridah bt Zainal Abidin. Pendapatan RM600 sebulan adalah hasil jualan makanan dengan membuka gerai setiap petang. Selain itu JKM juga turut memberi bantuan RM100 sebulan. Ketika lawatan dijalankan En Rozali baru sahaja dipotong kaki  sebelah kanannya akibat daripada kencing manis. Mempunyai seorang anak yang masih bersekolah menengah. Rumah yang diduduki kini disewa RM350.00 sebulan.