Kuala Lumpur, 20/10/2016 – Maklumat ini disampaikan oleh guru KUNTUM Pn Mariam SMK Dato Mustapa, Tanjung Karang berkenaan kesulitan yang dialami oleh Pn Juieta Ishak. Mengalami dua musibah dalam satu masa adalah suatu yang amat menyedihkan.

Anak kedua Pn Juieta ini mengalami masalah jangkitan kuman serta usus yang kritikal dan kini menjalani rawatan di Institut Pediatrik HKL. Bayi yang berumur 4 bulan ini mula berjuang kira-kira 3 bulan yang lalu di unit rawatan rapi akibat permasalahan usus. Dalam masa yang sama, suami terlibat kemalangan maut  di Kuala Selangor semasa berulang alik  menjaga si kecil ini.

Setiap hari Pn Juieta menggunakan pengangkutan awam dari Kapar, Klang ke HKL yang mengambil masa 2 jam sehala untuk melihat rawatan anak ini. Semoga Pn Juieta tabah menghadapi musibah ini.