KUALA SELANGOR, 15-16 Oktober 2016 - Buat julung kalinya, Pusat Latihan YBK (PLYBK) Kuala Selangor bekerjasama dengan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman Delima UiTM Shah Alam dalam penganjuran program "Nothing Is Impossible, Just Do It!" Kursus Asas Jangka pendek bidang Pendawaian Elektrik Satu Fasa dan Penyelenggaraan Penyaman Udara Domestik.

Kursus yang dijalankan selama 2 hari pada 15 dan 16 Oktober 2016 telah mengumpulkan seramai 60 orang pelajar-pelajar UiTM Shah Alam dalam pelbagai bidang yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Program ini memberikan kemahiran yang bermanfaat yang boleh diguna pakai sebagai ilmu tambahan kepada Diploma dan Ijazah yang sedia ada. Terima kasih kepada Pengarah Program, Encik Ahmad Syakirin Jailani atas kerjasama yang telah dilakukan. Beliau merupakan salah seorang Alumni PLYBK dalam bidang elektrik sebelum menyambung pengajian di UiTM Shah Alam.

PLYBK mengalu-alukan kerjasama seterusnya bukan hanya UiTM tapi kepada semua institusi awam yang lain dalam menambah nilai kemahiran selain akademik kepada graduan dan bakal graduan Diploma, Ijazah dan Sarjana sebelum keluar bekerja.