KG GESIR TENGAH, 30 November 2016 - Bertempat di Akademi Kemahiran YBK Gesir (AKYBK), pihak Innovasia Vista Sdn. Bhd. telah mengadakan Taklimat E-Rezeki (TVET) kepada pelajar-pelajar AKYBK. Objektif taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang E-Rezeki dan platform-platformnya bagi tujuan penambahan pendapatan. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh Pn. Kholijah Zainal Abidin dan Pn. Sharifah Shahidah Syed Ahmad.

Diharapkan semoga pelajar-pelajar dapat mengaplikasi ilmu yang telah diberikan dalam taklimat tersebut dengan sebaik-baiknya.