Serendah - Bermula daripada tahun 2004 - 2010 seramai 140 pelajar asrama kasih telah diterima mengikuti pembelajaran di UNIKL dalam pelbagai bidang. MOU ini merupakan satu langkah terbaik untuk pelajar asrama kasih mendapat laluan terus ke UNIKL dengan syarat telah memenuhi kriteria pengambilan pelajar yang telah ditetapkan.

Majlis Menandatangani MOU ini telah dimeterai oleh YBhg Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan YBhg Prof Dato’ Dr Abdul Hakim Juri, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UniKL dan disaksikan oleh YBhg Prof Dato’ Dr Mohamad Azemi Mohd Noor, Timbalan Presiden UniKL (Akademik & Teknologi) dan YBhg Datin Hajah Hartini Osman, Pengerusi Asrama Kasih YBK.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;