Jeram, 3/5/2016 - Mohd Khairul b. Halim ini merupakan pelajar dalam bidang automotif di Pusat Latihan YBK, Kuala Selangor. Mempunyai semangat juang yang cukup tinggi dalam dirinya kerana beliau tetap belajar walaupun disahkan kanser tiroid tahap empat yang dideritainya sejak kecil.

Bapanya yang bekerja nelayan pantai dan ibunya menjual serta menghasilkan kuih sejuk beku sebagai pendapatan utama. Saudara Khairul memerlukan RM30000.00 bagi rawatan susulan di IKN Putrajaya. Keluarga ini bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan awam dalam urusan rawatan di hospital. Untuk ke IKN Putrajaya ibu dan anak ini perlu bermula jam 5.30 pagi bagi setiap kali rawatan susulan.

Melalui perbincangan awal dengan En Zulzali, Pengetua PLYBK akan cuba menyelesaikan dan mempercepatkan sesi pembelajaran bagi memudahkan saudara Khairul ini berulang-alik sewaktu proses pembelanjaran. Selain daripada itu PLYBK juga berusaha untuk membantu mana-mana ruang yang mampu dalam usaha saudara Khairul ini mencapai cita-citanya.