MERU, 19 Disember 2016 - Asrama kasih YBK telah mengadakan satu program kepimpinan untuk melatih seramai 15 orang pengawas yang terpilih dari kalangan pelajar tingkatan 2 sehingga tingkatan 4 bagi tahun 2017. Program berlangsung di Institut Kepimpinan IM4U Meru, Klang dan dibantu oleh 2 orang Jurulatih Kem, En. Mustapha dan En. Zakaria 

Pada hari pertama program lebih menjurus kepada aktiviti indoor dan dewan seperti ice breaking, pemantapan sop dan permasalahan,motivasi NLP dan kaedah mengikat tali dengan pelbagai cara. Di sebelah malam, selesai solat maghrib berjemaah aktiviti diteruskan lagi dengan tazkirah yang dismpaikan oleh Ust Syaiful Akmal bin Addanan. Selepas solat Isyak program kepimpinan diteruskan lagi dengan aktiviti brainstorming berkaitan hala tuju pengawas bagi tahun 2017.


Pada hari kedua, selepas solat subuh pelajar-pelajar diminta untuk membuat ucapan umum yang bertemakan kepimpinan selama 2 minit setiap seorang, aktiviti ini dijalankan bagi tujuan meningkatkam lagi tahap keyakinan pelajar utk berada di hadapan dan memimpin pelajar lain. Pada jam 9 pagi pelajar meneruskan lagi aktiviti dengan satu slot khas iaitu bersama pengetua, Pn Halimaton dan En Khuzaimi bagi merangka tindakan dan pentadbiran pengawas sebagai untuk tahun depan. Tentatif diteruskan lagi dengan bermulanya aktiviti yg mencabar minda,jasmani dan kerja berkumpulan dengan pelaksanaan aktiviti DSN iaitu demi sesuap nasi dimana pelajar-pelajar melalui aktiviti explorace dengan perlu mencari barang-barang yang disembunyikan untuk dimasak sebagai hidangan makan malam mereka. Pelajar juga diuji kekuatannya dan fobia dengan ketinggian apabila diberi peluang untuk melaksanakan aktiviti abseiling pada tengaharinya dan sejurus itu meneruskan aktiviti jungle tracking dan rempuh halangan. Sebanyak 5 halangan yang pelbagai telah disediakan untuk pelajar-pelajar ini hadapi. selepas selesai melaksanakan jungle tracking dan rempuh halangan, kesemua pengawas, Fasilitator dan jurulatih memulakan ekspedisi memasuki hutan utk tujuan bermalam disana.
Setibanya di tapak perkhemahan para pengawas bekerjasama mendirikan khemah dan mulai aktiviti memasak utk makan malam dengan bahan2 yang didapati. Aktiviti diteruskan lagi selepas dari solat isyak iaitu aktiviti liminous trail iaitu setiap pengawas dilepaskan seorang demi seorang ke dalam hutan dan mereka perlu melalui jalan di dalam hutan berpandukan tali dan lampu yang berkelip sebagai penujuk arah. Semuanya dalam keadaan terkawal dan lancar dan selesai pada jam 12 tengah malam Dengan izin Allah aktiviti ini dilaksanakan dengan baik dan lancar. Hari ketiga dimulakan dengan program motivasi yang disampaikan oleh pegawai PPD En. Hafizuddin berkaitan taklimat disiplin. Selepas minum pagi aktiviti diteruskan lagi dengan perbincngan dan pembentangan masalah yang timbul sepanjang 2016 berkaitan sop. Perbincangan 2 hala diantara pihak pentadbiran dan pengawas ini dilihat menerbitkan satu lanskap diskusi matang. Pada jam 4 petang majlis penutup diadakan bagi mengakhiri kirsus tersebut. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pengurus kem iaitu En. Syed Osman dan dua orang jurulatih yang dilantik.

Pengetua ASKA di dalam ucapan penutupnya merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada pihak kem kepimpinan im4u diatas kemudahan yg diberikan serta mengharapkan supaya kumpulan pengawas 2017 yg dilantik dapat melaksanakan tugasan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab