KUALA LUMPUR, 7 Januari 2017 - Program Santuni Gelandangan yang pertama untuk tahun 2017 telah diadakan hari ini di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Penyumbang untuk minggu ini adalah daripada YBK sendiri.

Edaran dimulakan pada jam 11:45 pagi apabila para gelandangan mula berkumpul dan berbaris di perkarangan masjid. Selepas doa dibacakan, pek-pek makanan beserta minuman diedarkan kepada gelandangan yang hadir. Proses edaran dilakukan oleh pegawai Masjid dan dibantu oleh pegawai YBK yang hadir. Edaran selesai sepenuhnya dalam tempoh 30 minit.

YBK mengalu-alukan sumbangan orang ramai yang ingin turut serta dalam program ini. Pertanyaan lanjut boleh menghubungi saudara Asuad Ismail di talian pejabat 03 7875 0036 atau 012 617 4051.