DENGKIL, 2 Februari 2017 - YBK telah mengadakan lawatan susulan ke kediaman En. Mahzam Mohd Said di Kg Tanjung, Dengkil bersama Pegawai JASA, Pn. Norlida Parjoh. Lawatan ini adalah untuk sesi temuduga kemasukan Asrama Kasih YBK Serendah untuk adik Nadieratulaini yang berumur 14 tahun.

En. Mahzam merupakan responden Sinar Kasih Ramadhan (SKR) dan Sinar Kasih Prihatin (SKP) 2016. Beliau kini menanggung perbelanjaan keluarga dan enam (6) orang anak yang bersekolah dengan bekerja sebagai pemandu lori, di mana pendapatan beliau adalah tidak tetap.