KUALA LUMPUR, 4 Februari 2017 - Program Santuni Gelandangan YBK bersama Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur diteruskan hari ini dengan penyumbang dari Shah Alam, 'Masak-Masak Kak Leha' telah menaja pek makanan tengahari di samping pek makanan daripada Bank Mualamalat. Hadir sama, En. Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK, pegawai-pegawai YBK dan sukarelawan.

Edaran dimulakan pada jam 12 tengahari sebaik sahaja para gelandangan beratur dan bacaan doa. Para pegawai YBK dan kakitangan Masjid menguruskan proses pengedaran pek-pek makanan tengahari sebanyak 200 pek. Edaran selesai sepenuhnya dalam tempoh 30 minit.

YBK mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk menaja pek-pek makanan bagi program ini. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi saudara Asuad Ismail di talian 03 7875 0036 atau 012 617 4051.