KENDARI (INDONESIA), 20 Mac 2017 - Dato' Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK telah menyampaikan ceramah beliau di 2nd International Conference of Management, Entrepreneurship, Finance, Economics and Education di Universiti Halu Oleo di Kendari, Sulawesi Selatan, Indonesia. Beliau mewakili Dato' Pengerusi YBK dan merupakan salah seorang daripada pembentang kertas kerja dari Malaysia di samping Dr. Abdul Rahman Ayob daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pembentangan beliau berkisar berkenaan pengalaman YBK dalam aktiviti pembasmian kemiskinan dan membina kesejahteraan rakyat di Malaysia daripada tahun 1990 hingga kini. Selain Malaysia, pembentang dari negara seperti Filipina, India, Iran dan Turki turut mengambil bahagian. Dalam majlis yang sama, Dato' Bing turut sempat menyampaikan cenderahati berupa buku Joran Di Lautan Biru kepada wakil penganjur dan rakan penceramah yang hadir.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;