SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di Kedah, menyaksikan tiga belas (13) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran di kawasan Baling berlangsung pada 20 & 21 Mei 2017 manakala di kawasan Yan pada 28 Mei 2017. Keluarga yang menerima adalah;

BALING, 21 Mei 2017 - Fatihah bt Abdul Malek (44) dari Kg Padang Baling. Seorang ibu tunggal mengambil upah menoreh getah dan tanam pokok kacang dengan pendapatan RM500 sebulan. Sedih mendengar kisah susah peritnya hidupnya sehingga dia ditinggalkan suaminya.

3 orang yang dijaga adalah Siti Nur Umairah (13) SMK Kuala Pegang, Siti Nur Safira (8) SK Kuala Pegang dan Firas Aiman (3). Tinggal di rumah yang disewa RM150 sebulan.

Penyerahan oleh Puan Harison Othman bersama Cikgu Salmah Othman. SKR untuk ibu tunggal adalah sumbangan Dato Zainal Abidin Sakom.

BALING, 21 Mei 2017 - Md Salleh b Ahmad (45) dari Kg Tok Diah Sera Baling. Bekerja mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan bulanan RM600.00

Menanggung 3 anak bersekolah iaitu Ummi Ayuni (17) dan Muhd Danial Faiz (14) SMK Syed Abu Bakar dan Umi Farhaniz (9) SK Kg Sera. Tinggal di rumah yang agak daif. Keluarga boleh dihubungi 013-5055769 adalah sumbangan Dato Zainal Abidin Sakom.

BALING, 21 Mei 2017 - Mohd Khairi b Hashim (40) dari Kg Teluk Baling bekerja sebagai pengawal keselesaan dgn pendapatan RM1,000 sebulan. Isterinya Zaimah bt Sidek (38) tidak bekerja.

Mohd Khairi menanggung 7 orang anak iaitu Nurul Husna (15) dan Muhd Hakim (14) SMK.Teluk Pulai, Muhd Sazwan (12), Muhd Akmal (11) dan Nurul Syafiqah (8) SK Kg Sera Dan Muhd Muizuddin (6) dan Nur Zara Sofia (25 hari) dan Che Yah bt Abdullah (60) ibu mertua.

SKR 017 disampaikan oleh Ustaz Hafiz dari SK Kg Sera dan sumbangan Dato Zainal Abidin Sakom. Keluarga boleh dihubungi 011 1688 2004

BALING, 21 Mei 2017 - Sobri b Salleh (35) bekerja sebagai buruh syarikat pembinaan di Baling dengan pendapat RM750 sebulan. Isterinya Zaitun bt Mat Isa (33) tidak bekerja. Mereka menumpang di rumah orang tua yang daif juga.

Menanggung 5 orang anak dan bapanya iaitu Muhd Rizal (14) SMK Tunku Putera, Nur Aina Syatirah (10) dan Nur Aleesya (7) SK Kg Sera, Nur Aishah (2) dan bapanya Mat Isa b Tahir (73)

SKR 2017 untuk keluarga ini disampaikan oleh Cikgu Rohana Lahamin daripada SK Kg Sera adalah sumbangan Dato Zainal Abidin Sakom. Keluarga boleh dihubungi 011 1076 1726.

BALING, 21 Mei 2017 - Allias b Ramli (54) dari Kg Sira Bawah, Pulai Baling. Bekerja mengambil upah menoreh getah bersama isterinya Sarimah bt Lembut (48) dengan pendapatan bulanan RM500.00.

Menanggung 5 orang anak (3 sekolah) iaitu Muhd Asrol (12) SK Pulai, Muhd Hafiz (14) SMK Syed Abu Bakar dan Muhd Zulkefli (22) dan Mohd Firdaus (24) tidak bekerja. Keluarga ini juga membela seekor monyet sebagai binatang peliharaannya.

Keluarga ini tinggal di rumah sendiri yang bersifat hajiyat sahaja.  Kami telah maklumkan kedatangan YBK, tetapi oleh kerana cuaca panas baik setelah hujan beberapa hari, Allias dan isterinya meneruskan mengambil upah menoreh getah sebab dah seminggu tidak menoreh katanya anaknya yang menerima bagi pihak penjaganya.

SKR untuk keluarga ini adalah sumbangan Dato Zainal Abidin Sakom dan keluarga ini boleh dihubungi 011 1470 7359

BALING, 21 Mei 2017 - Siti Sakinah bt Rosli (31) dari Kg Kuala Pegang Baling. Bekerja mengambil upah membaiki kasut di Pekan Kuala Pegang. Menceritakan kisah beliau mencari upah membaiki kereta bukan pilihan yang baik kerana tidak ramai orang yang mahu membaiki kasut sekarang terutamanya di Baling. Beliau sering tidak mendapat sebarahg langganan untuk beberapa hari. Ibu muda ini tabah membantu suami menjaga 2 orang anak, 3 anak yatim piatu (anak angkat) dan emak yang mengalami kanser tahap 4.

Suaminya Mohd Nor Hijri b Mansor bekerja mencari kayu hutan dengan mendapat tidak menentu. Semasa melawat suaminya di hutan mencari kayu untuk di jual. Tanggungannya Mohd Izad Sabil b Abdullah, Mohd Jafri b Abdullah (11) dan Mohd Azhar b Abdullah (9) sekolah di SK Kuala Pegang. Anak-anaknya sendiri Al Akhib Aris (7) SK Kuala Pegang dan Situ Nor Aisah (3) dan emaknya Zaiton bt Muhamad (57).

Keluarga boleh dihubungi 011-20578169. SKR keluarga ini adalah sumbangan Dato Zainal Abidin Sakom.

BALING, 21 Mei 2017 - Norma bt Sapiee (30) seorang ibu tunggal sejak 1 tahun lepas. Mengambil upah menjahit baju kurung dan menjual kuih muih dan nasi lemak di hadapan rumah dengan pendapatan bulanan RM600 sebulan.

Menanggung 4 orang anak bersekolah iaitu Nirfatihah by Ishmuddin T5 dan Norfatrah Tingkatan 4 SMK Kuala Pegang, Mohd Faiz Darjah 4 dan Norfahan Diah Darjah 3 Sek Keb Kg Padang Baling.

Tinggal menyewa sebuah rumah kedai aka kampung dengan kadar sewa RM150 sebulan. Kesusahan hidupnya sekeluarga mendapat perhatian JKM apabila mendapat bantuan @ RM300 sebulan.

SKR Yang diterima keluarga adalah sumbangan Dato Zainal Abidin Sakom. Keluarga boleh dihubungi 019-6489826.

BALING, 20 Mei 2017 - Mohd Jafri b Yaakob (40), dari Kg Padang Baling bekerja ambil upah menoreh dan kutip getah sekerap dengan pendapatan RM500 sebulan. Isterinya Siti Zalekho bt Mat Isa hanya seorang suri rumah sepenuh masa.

Menanggung 3 orang anak iaitu Muhd Alif (11) dan Muhd Adam (7) bersekolah di SK Kg Padang Baling. Muhd Amirul (4).

SKR untuk keluarga ini disumbang oleh Dato Zainal Abidin Sakom. Keluarga boleh dihubungi melalui Puan Salmah Othman 0195742031.

BALING, 20 Mei 2017 - Mohd Razlan b Bidin (53) mencari rezeki dengan menjual jajan seperti keropok lekor dan air tin di kawasan perkelahan terkenal di Baling iaitu Latar Bayu Baling di hujung minggu. Mengidap sakit jantung kronik apabila injap gagal berfungsi dengan menyebabkan sering lemah dan pengsan. Telah dinasihatkan doktor untuk melakukan pembedahan injap jantuing tetapi terpaksa tangguh rancanagn itu kerana kekurangan wang.

Menanggung 5 orang anak (4 sekolah) iaitu Mohd Idham Tingkatan 5, Mohd Sazwa (15) 3 dan Nadwa Hazwa (13) SMK Kuala Pegang. Mohd Nasrul Alwi (10) SK Kg Padang dan Balqis Istiwa (6). Isteri Siti Kholijah bt Bedah (40) mengambil upah membuat bantal kekabu di perusahaan berhampiran. Keluarga miskin ini juga menerima bantuan JKM @ RM150 sebulan.

SKR2017 untuk keluarga ini adalah sumbangan Dato Zainal Abidin Sakom.

Keluarga boleh dihubungi melalui guru sekolah iaitu Salmah Othman 019 574 2031.

BALING, 20 Mei 2017 - Ariffin b Azit (45) dari Kg Pajak Mukim Pulai Baling. Bekerja mengambil upah mengutip sekerap getah dan menoreh getah kadar upah RM10 sehari. Isterinya Suriani bt Bakar surirumah sepenuh masa. Mempunyai anak 4 orang (3 bersekolah) iaitu Safiqah Tingkatan 4 SMK Kuala Pegang, Firdaus Darjah 6 dan Hakim Darjah 4 Sek Keb Kg Padang dan Mohd Azizi (3).

Keluarga tinggal di rumah yang sangat Dharuriyat keadaannya walaupun ada motorsikal dan kemudahan elektrik dan air paip. Ketua Isi rumah dan isterinya didapati tidak boleh membaca lansung.

Keluarga sangat miskin ini menerima bantuan makan dari Jabatan Kebajikan @RM200 sebulan iaitu beras, gula dan keperluan lain. Semasa melawat keluarga ini, mereka hanya menggunakan dapur kayu di depan rumah mereka.

SKR2017 untuk keluarga adalah sumbangan Dato Zainal Abidin Sakom. Keluarga boleh dihubungi dengan no telefon 019-511 0024.

YAN, 28 Mei 2017 – Di Kampung Dulang Besar juga kami ke rumah Md Zuki Mahat dan Pn Noriah Said. Keluarga ini tinggal bersama ibu Pn Noriah Said yang kurang sihat memerlukan rawatan susulan sekitar RM300 sebulan.

En Zuki bekerja kampong dengan purata pendapatan RM700 sebulan manakala isterinya menghasilkan produk seperti pekasam, kuih-muih secara kecil-kecilan. Sepanjang Ramadhan ini Pn Noriah mengambil tempahan kuih karas untuk dijual disekitar Alor Setar.

Sumbangan SKR ini daripada kutipan Hajah Faridah Md Ali Rouse. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 016-4803976. Maklumat keluarga ini diterima daripada SMK Dulang, Yan.

YAN, 28 Mei 2017 – Pn Latifah bt Abdul merupakan ibu tunggal yang menetap di Kg Sunagi Lentang, Jalan Dulang, Yan. Bekerja sebagai tukang kebun sekolah dengan pendapatan sekitar RM900 sebulan. Keluarga ini antara penerima SKR tahun lalu. Rumah yang didiami kini merupakan rumah pusaka suaminya. Cukup bersih dan cantik persekitrannya.

Mempunyai 5 orang anak. Anak sulung sudah bekerja turut membantu perbelanjaan keluarga. Seorang anak masih belajar di Pusat Pendidikan Khas serta 2 orang lagi bersekolah menengah dan rendah. Perbelanjaan bagi persekolahan anak-anak merupakan antara cabaran yang perlu dihadapinya setiap bulan.

Sumbangan SKR ini daripada kutipan Hajah Faridah Md Ali Rouse. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-4987484. Maklumat keluarga ini diterima daripada SMK Dulang, Yan.

YAN, 28 Mei 2017 – Melawat keluarga Syarifah Samat di Kg Baru, Guar Cempedak. Tinggal dirumah berdindingkan hampir 60% zink dengan sewaan RM180 sebulan. Ibu tunggal ini suri rumah sepenuh masa.

Mengharapkan anak sulung yang bekerja sebagai kerani membantu keluarga ini selain daripada bantuan bulanan daripada JKM RM450 sebulan.

Keluarga ini mempunyai 7 orang anak yang masih bersekolah iaitu Nor Afizah (18), Siti Fatimah (16), Mohd Amirul (15), Mohd Fahimi (12), Saiful Asraf (8), Nor Shuhadah (7) dan Mohd Hafis (6).

Sumbangan SKR ini daripada kutipan Hajah Faridah Md Ali Rouse. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-4987484. Maklumat keluarga ini diterima daripada guru SK Hj Husin Dol, Guar Cempedak.