16/6/2017, Pokok Sena - YBK telah menyampaikan bantuan kewangan SKR2017 kepada keluarga Che Rus bt Awang Bu. Seorang ibu tunggal yang kehilangan suami disebabkan kemalangan langgar lari baru-baru ini terpaksa menanggung 4 orang anak. Berita kesusahan keluarga ini menjadi viral dalam media sosial baru-baru ini. YBK telah meminta jasa baik Cegu Sharipah Md Isa bekas Penyelia KUNTUM SMK Pendang yang tinggal di sekitar Pokok Senan menyiasat dan mengesahkan berita.

Setelah mengadakan siasatan didapati ia adalah benar dan disahkan oleh Cegu Sharipah. Menurutnya suaminya telah meninggal dunia di dalam kemalangan jalan raya
baru2 ini (langgar lari). Anak pertama, perempuan dan sudah berkahwin. Anak ke2 berumur 17 tahun, lelaki dan sudah berhenti sekolah kerana tidak mampu meneruskan persekolahan disebabkan  kesempitan hidup. Anak ke3, NUR ALIA NATASYA, darjah 5 di Sek. Keb. Bukit Payong, Pokok Sena. Anak ke4, 6 tahun. Anak ke 5, 2 tahun.

Ketika penyerahan duit kesemua anak-anaknya dibawa oleh sebuah NGO iaitu Yayasan Salam ke bandar untuk membeli pakaian raya mereka.