SINAR KASIH RAMADHAN 2017 di Negeri Sembilan menyaksikan empat (4) keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan. Proses edaran berlangsung selama dua hari iaitu pada 28 Mei 2017. Keluarga yang menerima adalah;

REMBAU, 28 Mei 2017 – Encik Rudaimi bin Jamaluddin tinggal bersama isteri  Puan Rubiah bt Ahmad serta dua orang anak iaitu Muhammad Syakir dan Saidatul Nafisa. Keluarga ini tinggal Kg Seberang Semerbok, 71350 kota Tinggi, Negeri Sembilan. Pada tahun 2011 keluarga ini menerima bantuan PPRT bagi kemudahan tempat tinggal.

Bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan RM500 sebulan. Selain daripada itu keluarga ini turut menerima bantuan JKM RM350 sebulan kerana beliau mempunyai masalah pertuturan serta kecacatan pada bahagian badan.

Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 013-6680534.  Sumbangan SKR 2017 oleh Seri Mendapat Project Management Sdn Bhd.

REMBAU, 28 Mei 2017 – Encik Mohd Noor bin Mohammed dan Isteri Puan Norzakiah bt Osman tinggal di Rumah PPRT Kampung Batu 1 Pedas, 71400 Pedas, Negeri Sembilan. Bekerja kampong dengan pendapatan RM200 sebulan. Selain daripada itu keluarga ini turut menerima RM300 daripada JKM.

Mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah iaitu Effa Ezzaty (18 tahun _SMK Pedas, Pendidikan Khas) dan Muhammad Hairul (17 tahun – SMK Pedas). Effa Ezzaty mempunyai masalah penglihatan serta masalah kepala (hydro careless) yang telah menerima rawatan di Hospital Seremban dan kini mendapatkan rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur.

Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 010-5380130.  Sumbangan SKR 2017 oleh Cik Sofea Akzan Selamat.

REMBAU, 8 Jun 2017 – Encik Azizul bin Ismail tinggal bersama isterinya Puan Siti Rasidah bt Muhammad di Kg Perigi Jernih Rembau, Negeri Sembilan. Tempat tinggal keluarga ini adalah diatas tanah arwah nenek. En Azizul tidak bekerja kerana mempunyai masalah kesihatan buah pinggang rosak, kencing manis, jantung, masalah saraf dan penglihatan.

Keluarga ini bergantung sepenuhnya kepada bantuan SOCSO sebanyak RM1495 sebulan bagi menampung kehidupan keluarga dan kos rawatan dialysis yang kini dapat dijalankan di Hospital Tampin. Sebelum ini rawatan dijalankan di Hospital Kuala Lumpur serta IJN. Puan Rasidah tidak mampu bekerja memandangkan beliau perlu menguruskan anak-anak bersekolah dan perlu juga menghantar suami untuk mendapatkan rawatan dialisis setiap 3 hari seminggu.

Mempunyai enam orang anak yang masih bersekolah iaitu Zur Aina Syafinaz (17 tahun – Kolej Vokasional Port Dickson), Zur Amylia Shahadah (16 tahun – SMK Undang Rembau), Zur Amni Syafikah (14 tahun - SMK Undang Rembau), Zur Areesya (12 tahun - SK Undang Rembau), Zur Allyna (11 tahun - SK Undang Rembau), Zur Adam Izzhandar (10 tahun – SK Undang Rembau).

Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 019-6276447.  Sumbangan SKR 2017 oleh Pn Junita Ridawi.

REMBAU, 8 Jun 2017 – puan Zainab bt Harun merupakan ibu tunggal kematian suami akibat serangan jantung. Tinggal bersama anaknya Zainal Izzudin dan Hafiz Izzudin (11 tahun) di rumah pusaka keluarga Kg Semerbok (A) Kota, Negeri Sembilan.

Pn Zainab bekerja kantin sekolah dengan pendapatan sekitar RM200 sebulan. Mempunyai masalah kesihatan darah tinggi dan perlu menerima rawatan bulanan di klinik kesihatan berhampiran. 

Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 014-2323496.  Sumbangan SKR 2017 oleh Pn. Kamariah bt Amir.