KG LABOHAN DAGANG, 8 Mei 2017 - Mohd Nur bin Mat Surany @ Suraji bekerja kampung bagi menampung kehidupan beliau dan keluarga.  Isterinya, Miss Nura bt Nor, hanya suri rumah sepenuh masa.  Mereka sekeluarga mendiami rumah pusaka keluarga di Rancangan Desa Usaha 1, Kg Labohan Dagang, Banting.

2 dari 3 orang anaknya telah memasuki alam persekolahan iaitu, Muhamad Aidil (8 thn), Muhamad Adam (5 thn) dan yang bongsu Nur Hidayah (2 thn).

Keadaan rumah yang usang dan seringkali bocor tatkala hujan, merungsingkan Mohd Nor dan isteri.  Skuad Kasih YBK dengan kerjasama Puan Norlida Parjoh, Pegawai JASA Daerah Sepang telah turun pada 8 Mei 2017 bagi membaiki atap dan mengecat rumah Mohd Nor. 

Sumbangan SKR hasil kutipan Hjh Faridah Md Ali Rouse telah disampaikan oleh Puan Norlida Parjoh, Pegawai JASA Daerah Sepang.