KUALA LUMPUR, 3 Februari 2018 - Program Santuni Gelandangan YBK untuk minggu pertama bulan Februari 2018 diteruskan seperti biasa di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Untuk minggu ini, sarapan pagi dan minuman panas adalah ditaja oleh YBK.

Edaran bermula selepas solat Subuh dengan 200 pek sarapan pagi dan minuman panas telah diedarkan kepada rakan-rakan jalanan yang siap sedia berbaris. Proses edaran dilakukan oleh kakitangan dan sukarelawan yang hadir. Proses berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan selesai pada jam 7 pagi.

YBK mengalu-alukan tajaan dan sumbangan daripada orang awam untuk program ini yang diadakan pada setiap hari Sabtu. Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi saudara Asuad Ismail di talian pejabat 03 7875 0036 atau 012 617 4051