BANDAR SUNWAY, 17 Mac 2018 - Bertempat di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, telah berlangsung Majlis Makan Malam 2017/2018 YBK-Prihatin Group yang dihadiri hampir 300 orang yang terdiriĀ oleh staf Yayasan Basmi Kemiskinan, Asrama Kasih YBK, Pusat Latihan YBK, Akademi Kemahiran YBK, serta Prihatin Group dan anak-anak syarikat. Tema untuk makan malam kali ini adalah 'Melayu Nusantara'. Sebelum itu di sebelah paginya, telah diadakan Hari KeluargaĀ 

Turut hadir pada malam tersebut, YBhg. Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Pengasas YBK; YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK; YB Mat Nadzari Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali; YBhg. Dato' Setia Muhd Khusrin Munawi dan Dato' Bing Selamat Amir, ALPA YBK, En. Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK; YBhg. Datin Hartini Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Prihatin Group, dan ahli-ahli keluarga serta jemputan-jemputan khas.

Majlis bermula pada jam 8:00 malam dengan perarakan masuk dif-dif kehormat ke meja utama sambil diiringi oleh pahlawan dan hulubalang Melayu. Alunan selawat dan lagu 'Negaraku' menyusul dan hadirin mula menjamu selera sambil dihiburkan dengan lagu-lagu Melayu irama klasik. Cabutan nombor bertuah juga diselang-selikan.

YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom kemudiannya menyampaikan ucapan aluan dan disusuli dengan ucapan dan amanat daripada YBhg. Tan Sri Muhammad Muhd Taib selaku Pengasas YBK. En. Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif turut memberikan ucapan penghargaan dan Datin Hartini Osman, mengetuai bacaan ikrar untuk Prihatin Group selepas beliau selesai berucap. Dalam majlis yang sama juga, telah diadakan pelancaran logo baharu Prihatin GroupĀ sertaĀ pelancaran Majalah Prihatin dan buku 'Semangat Mendaki'.

Majlis dimeriahkan juga dengan pertandingan persembahan daripada kakitangan syarikat-syarikatĀ dengan pelbagai ragam dan kreativiti. Ini disusuli dengan penyampaian beberapa anugerah seperti Anugerah Khas Sukarelawan,Ā Anugerah KhasĀ Media Sokongan, Anugerah Pekerja Terbaik dan Pekerja Harapan, dan Jabatan Terbaik.

Nyanyian lagu 'Aku Negaraku' menutup majlis yang selesai pada jam 11:45 malam.