KUALA SELANGOR, 29 Mac 2018 - Pusat Latihan Yayasan Basmi Kemiskinan menjadi destinasi seterusnya untuk Program Motivasi Semangat Mendaki YBK. Sesi 3 jam ini yang bermula pada jam 2 petang disertai hampir 60 orang pelatih.

Modul Semangat Mendaki YBK yang diperkenalkan kepada para peserta merangkumkan 5 konsep utama iaitu Keadaan Diri (State), Impian, Kepercayaan, Keberanian, serta Iman & Taqwa. Sesi dikelolakan secara bersama oleh En. Zulhairy Jalaluddin, Ustaz Syaiful Akmal Addanan dan Audi Faliq Ibrahim.

Terima kasih kepada pengurusan Pusat Latihan YBK atas jemputan dan semoga sesi yang diberikan memberi manfaat kepada semua.