Hulu Serendah, 16/10/2000 - Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah telah berkenan merasmikan Kompleks Asrama Kasih YBK, yang terletak di Kampung Seri Serendah, Hulu Selangor Ketibaan Raja Permaisuri Agong telah disambut dengan penuh meriah oleh Pengerusi YBK dan Pengerusi Asrama Kasih YBK serta pelajar-pelajar Asrama Kasih yang memakai pakaian tradisional. Baginda kemudiannya telah diarak ke pentas Diraja dan disajikan dengan beberapa persembahan kesenian oleh anak-anak Asrama Kasih serta mendengar taklimat tentang asrama tersebut dari Pengerusi Asrama Kasih, Datin Hjh. Hartini Osman.

Selepas titah pengistiharan perasmian asrama, Baginda telah dibawa melawat disekitar asrama tersebut termasuk melihat pameran yang disediakan oleh YBK, BAKA N09 dan MFI sambil berpeluang beramah mesra bersama anak-anak Asrama Kasih.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah turut melahirkan rasa bangga dan gembiranya kerana dapat hadir ke majlis perasmian tersebut, lebih-lebih lagi dengan sambutan meriah yang diberikan oleh anak-anak Asrama Kasih. Baginda berangkat pulang pada jam 1.30 petang selepas selesai majlis santapan tengahari.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;