YBK telah menganjurkan Seminar Kemantapan Diri Menghadapi Peperiksaan untuk semua pelajar program KUNTUM 2005. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi petua, panduan, saranan dan persediaan mental pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM akan dihadapi mulai awal November nanti. Program padat selama sehari ini mendedahkan peserta kepada konsep-konsep dan kaedah-kaedah yang telah terbukti keberkesanannya untuk menjadikan setiap insan yang mengamalkannya akan lebih dinamik dan cemerlang.


Para peserta akan dibentuk nilai dirinya menjadi lebih jitu melalui perubahan kepercayaan diri yang lengkap. Seminar ini dibahagikan kepada 2 zon. Zon 1 telah diadakan di Sabak Bernam pada 17 September 2005 untuk pelajar program KUNTUM daerah Sabak Bernam dan sebahagian Hulu Selangor yang yang dihadiri hampir 240 orang. Seminar Zon 2 telah diadakan di Klang untuk pelajar KUNTUM daerah Kuala Langat, Hulu Langat, Klang, Kuala Selangor dan sebahagian Hulu Selangor. Lebih 420 pelajar telah menghadiri seminar ini. Seminar ini telah dijalankan sepenuhnya oleh Tn. Hj. Md. Taib bin Mat, Fasilitator dari Bintang Generasi Sdn Bhd. YBK berharap semua pelajar-pelajar program KUNTUM mendapat manfaat yang semaksimum mungkin sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;