Serendah, 10/5/2008 - Kesudian Jabatan Perdana Menteri menyumbangkan bas baru kepada  Asrama Kasih amat dihargai dan amat bermakna buat 161 orang anak-anak asrama ini. Sumbangan bas ini telah disempurnakan oleh Tan Sri Khalid Ramli, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dan diserahkan kepada Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Tetamu Kehormat ini telah disambut meriah dengan diberi lintas hormat oleh 49 Kadet Koreksional Asrama Kasih yang diketui oleh Shahrul Jalaluddin.

Dalam ucapannya, Tan Sri Khalid mengagumi usaha YBK dalam melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan khususnya dalam membantu anak-anak yatim dan miskin melalui asrama ini. Beliau juga berkata, penglibatan YBK dalam program kemiskinan ini telah banyak membantu kerajaan menangani masalah kemiskinan walaupun YBK hanyalah sebuah NGO.Turut hadir ialah YB Mohd Isa Abu Kasim, ADUN Batang Kali, Datin Hartini Osman, Pengerusi Asrama Kasih, Datin Sharifah Ahmad, Pengerusi Jambor Sakti, Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK dan lain-lain kenamaan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;