Seramai hampir 100 orang dari kalangan pelajar balik awal ke asramja dan penduduk kampung datang memberikan kerjasama menjayakan aktiviti persediaan Majlis Hari Raya Idil-Adha yang akan diadakan sebelah malam nanti.
Majlis Sambutan Hari Raya Idil-Adha Asrama Kasih YBK akan bermula jam 6.30 petang bermula dengan Solat Magrib dan Isyak secara berjemaah, Tazkirah oleh penceramah jemputan, ucapan Pengerusi YBK dan acara persembahan nasyid oleh pelajar asrama semasa jamuan makan. Majlis dijangka berakhir jam 10.00 mlm