Untuk tujuan ini PUSPANITA telah menyumbang sebanyak RM6,000.00 dan pihak PTPTN pula menyumbang RM20,000.00 kepada Yayasan Basmi Kemiskinan bagi membolehkan setiap pelajar asrama kasih YBK membuka akaun deposit dalam SPPN-i. Dengan sumbangan tersebut setiap pelajar dapat membuka akaun SPPN-i dengan deposit RM130.00 setiap orang di Asrama Kasih YBK Serendah oleh beberapa orang kakitangan PTPTN yang hadir.
Dalam ucapan alu-aluan Dato Zainal Abidin Hj Sakom Pengerusi YBK merakakamkan ucapan terima kasih kepada pihak PUSPANITA Kebangsaan dan PTPN kerana sumbangan tersebut dan berharap PUSPANITA dan PTPTN terus menyokong YBK dalam usaha membasmi kemiskina. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datin Seri Dato Rohani Abdullah selaku YDP PUSPANITA Kebangsaan setelah taklimat SPPN-i oleh Pengurus Besar Kanan Pejabat Operasi Cawangan PTPTN Hj Tuan Din Tuan Mat.