Serendah, 23 Jun -- Asrama Kasih YBK Serendah telah mengadakan gotong royong membersihkan  persekitaran asrama. Ini termasuklah meruntuhkan sebuah rumah yang pernah digunakan sebagai rumah pengetua Asrama Kasih Serendah pada tahun 1993 hingga tahun 1999 di sini hari ini. Gotong royong tersebut disertai oleh semua pelajar Asrama Kasih YBK dan dibantu oleh jawatan kuasa rukun tetangga dan penduduk kampung Sri Serendah.

Pemangku Pengetua Asrama Kasih Serendah YBK Halimatun Saadiah Nawawi berkata rumah tersebut dirobohkan atas faktor keselamatan pelajar asrama. Struktur rumah yang sangat uzur dan reput boleh mengundang bahaya, juga mengelakan dari dijadikan tempat persembunyian. Tapak rumah tersebut akan digantikan dengan pembangunan yang baru yang lebih membawa manfaat kepada anak-anak Asrama Kasih YBK.

Program ini juga merupakan sebahagian aktiviti gotong royong yang diamalkan di Asrama YBK Serendah sebagai usaha menerapkan nilai kesukarelawan dan kepunyaan di kalangan pelajar dan kakitangan. Walau bagaimana pun,  aktiviti yang agak bahaya seperti meruntuhkan atap, dilakukan oleh tukangrumah dan diibantu penduduk sekitar yang lebih berkebolehan dan mahir dengan kerja pertukangan. 

Program tersebut bermula pukul 9 pagi dan tamat pada pukul 4.30 petang. Turut hadir dalam program gotong royong tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif YBK Zulhairy Jalaluddin. Asrama Kasih YBK mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk kampung yang hadir. Melalui program sebigini mengeratkan lagi hubungan penduduk Kg Seri Serendah dengan warga Asrama Kasih.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;