31 DISEMBER, Shah Alam - Skuad Kasih YBK (SKY) telah berkesempatan memahami permasalahan yang dialami oleh Puan Rosjuliana Mohd Safri, di mana anak ke-2 beliau yang tamat sekolah rendah mempunyai masalah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat menengah. Pihak SKY telah mengadakan pertemuan bersama Puan Rosjuliana di SK Seksyen 19 Shah Alam, yang diaturkan oleh guru sekolah tersebut Puan Miskinah dan turut disertai oleh saudara Hashim Anang daripada Sinar Harian.  Pihak SKY dimaklumkan bahawa anak Puan Rosjuliana, saudari Nur Ain Syafikah tidak hadir menduduki peperiksaan UPSR dan ini sedikit-sebanyak memberikan kesulitan kepada anak ini untuk menyesuaikan diri di sekolah menengah. Puan Rosjuliana adalah seorang ibu tunggal dan bekerja sebagai pembantu jualan di kedai serbaneka dengan pendapatan tidak seberapa. Beliau inginkan anak beliau mendapat pendidikan yang sempurna dalam suasana kondusif.

Pihak SKY dan Sinar melalui saudara Hashim Anang telah melakukan temuduga dan perbincangan dan bersetuju mencadangkan agar anak Puan Rosjuliana ditawarkan tempat di Asrama Kasih YBK Serendah. Pihak YBK akan memberikan surat tawaran rasmi kepada saudari Nur Ain Syafikah dan diharapkan dengan tawaran ini saudari Nur Ain dapat belajar dalam suasana yang lebih sempurna

 

 

 

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;