Serendah, 31/8/2013 - Asrama Kasih YBK telah menganjurkan Majlis Sambutan Kemerdekaan sempena Hari Kemerdekaan pada hari ini. Majlis yang disertai oleh pelajar Asrama Kasih YBK bermula jam 8.00 pagi dengan acara perbarisan dan perhimpunan kemerdekaan serta kembara merdeka di mana semua pelajar mengambil bahagian program kembara sekitar kawasan Kg Seri Serendah bagi membina semangat pasokan dikalangan pelajar di bawah bimbingan warden.

Sebelah malam pula diadakan Program Kemuncak Kemerdekaan di mana persembahan kebudayaan oleh pelajar asrama. Acara persembahan kebudayaan dengan dimulakan dengan ucapan Hj Bing Selamat Amir selaku wakil Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Kemudian pelajar diberi peluang menonton slot filem Bukit Kepong.  Selepas itu persembahan kebudayaan dimulakan dengan sebuah pentomin bertajuk kemerdekaan. Persembahan pentomen mengkisahlkan sejarah dan penderitaan rakyat menuntut kemerdekaan dari penjajah. Pelajar telah dibimbing secara sukarela oleh Saudara Zouffi di bawah syarikat Zouffi Production.

Kemudian pelajar membuat persembahan sebuah tarian sebelum nyanyian beramai-ramai lagu Tanggal 31 Ogos. Secara keseluruhannya semua pelajar mengambil bahagian.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;