Shah Alam - Koperasi Kasih YBK (Ko-Kasih) telah selesai mengadakan mesyuarat tahunan koperasinya kali ke-2. Mesyuarat Ko-Kasih ini telah dilansungkan di Cafe Sime Darby, Bukit Jelutong. Dengan keahlian anggota hampir 70 orang, Ko-Kasih YBK yang masih baru dalam bidang ini cuba untuk merealisasikan beberapa projek yang akan diusahakan seperti dalam bidang pertanian - markisa dan rock melon serta peruncitan - kedai KOOP.  

Pada mesyuarat ini, lebih 27 anggota mengundi bagi memilih ahli lembaga pengarah dan pengurusan koperasi seperti yang disyaratkan dalam akta koperasi. Majlis dimulai dengan ucapan pengerusi Ko-Kasih, Datin Hartini Osman yang memperincikan serba sedikit tentang halatuju Ko-Kasih bagi tahun lalu 2013 dan 2014. Misinya supaya Ko-Kasih ini mampu untuk memberikan dividen kepada ahlinya dalam 3 tahun akan datang.  

Seterusnya, Penasihat Ko-Kasih, Dato Zainal Abidin Sakom mengingatkan tentang kerjasama dalam koperasi. Jika dulu koperasi dikenali sebagai syarikat kerjasama tetapi kini ia telah ditransformasikan kepada nama yang lebih kukuh iaitu koperasi. Koperasi adalah pertubuhan bagi membantu ahlinya berbanding syarikat yang menjurus kepada keuntungan. Oleh yang sedemikian penasihat mengharapkan jiwa koperasi ini mampu ditanam kedalam setiap ahli Ko-Kasih.

Mesyuarat ini dirasmikan oleh wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Cawangan Shah Alam/ Petaling, En Nasaruddin Manan. Sepanjang majlis ini berlansung En Nasaruddin telah memberikan beberapa pendapat serta pandangannya melalui undang-undang kecil koperasi. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari setelah semua perkara berkaitan selesai dibincangkan. 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;