AHAD 29 Jun 2014, bersamaan 1 Ramadhan. Asrama Kasih YBK Serendah telah menerima kunjungan daripada YB.P.Kamalanathan Parlimen Hulu Selangor merangkap menteri pelajaran Malaysia. Beliau disambut oleh yang bhg.Tuan Haji Bing Selamat Amir Lembaga Pemegang Amanah YBK.
Beliau hadir pada jam 4.00 pagi bagi meraikan sahur bersama anak-anak Asrama Kasih YBK, sebelum makan sahur YB.P.Kamalanathan sempat beramah mesra dengan semua anak-anak asrama. Turut hadir bersama di majlis sahur tersebut Tuan Haji Zainal Abidin Penasihat Disiplin Asrama Kasih YBK.

Anak-anak asrama sangat teruja dengan kunjungan Yang Berhormat yang tidak disangka-sangka untuk meraikan hari pertama makan sahur bersama mereka. Makan sahur selesai pada jam 5.20 pagi, kemudian itu sesi bergambar YB.P.Kamalanathan bersama anak- anak asrama kasih YBK sebagai kenang-kenangan. Majlis diakhiri dengan ucapan semangat YB kepada anak-anak asrama. Majlis selesai pada jam 5. 40 pagi.