SERENDAH – 19 Julai 2014, Asrama Kasih YBK Serendah telah menerima sumbangan berbuka puasa dan moreh daripada Universiti Kuala Lumpur, Busniess School dan Alumni’s MRSM. Program bermula pada jam 10,30 pagi dimana seramai 90 orang pelajar dan 2 orang pensyarah mereka telah hadir bagi menjalani aktiviti gotong royong, Sebelum itu Pn. Halimaton telah menyampaikan ucapan aluan dan taklimat asrama serta pembahagian kumpulan mengikut kawasan yang dipilih tempat yang terlibat adalah surau, dewan makan, halaman asrama, Sudut herba, pentadbiran, perpustakaan dan memasak. Aktiviti ini berlangsung sehingga 1.30 petang pada jam 2.00 pm pula satu sesi perkongsian daripada Yg. Bhg. Dato’ Nasri Nasrun iaitu pengarah urusan Setegap Ventures Petroleum Sdn Bhd. Beliau banyak berkongsi mengenai kejayaannya serta memberi suntikan semangat kepada pelajar asrama untuk berjaya dalam hidup. Beliau dan beberapa rakanya yang lain seperti En. Mohd Ridzuan Yunus, Tim. Pengurus Besar VADS, En. Nazaruddin Dato’ Razali Pengarah Nusantara Test Services, mereka semua ini telah menyumbang duit raya kepada anak-anak asrama sebanyak RM 6700.00, manakala En. Zul dan Isterinya Puan Sham juga daripada alumni’s MRSM telah menyumbang 10 kg nasi arab dan 2 ekor kambing golek untuk jamuan berbuka puasa. 

Majlis berbuka puasa diserikan dengan persembahan anak-anak asrama dan juga kumpulan nasyid UNIKL. Selepas solat maghrib dan makan malam majlis dilanjutkan dengan solat isyak dan terawih. Kemudian itu sedikit jamuan moreh disediakan. Sebelum majlis berakhir sesi bergambar sebagai kenang-kenangan, anak-anak asrama begitu teruja dan mereka berasa sangat bertuah kerana tinggal di asrama kerana ada pihak yang mengambil berat tentang mereka.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;