RAWANG, 13/7/2014 - Syawal yang bakal menjelang memberi sinar kegembiraan kepada anak-anak Asrama Kasih Gesir dengan hadiah kasut baru. Pemberian kasut raya ini disumbangkan oleh Ibu Hartini Osman dan dilangsungkan setiap tahun menjelang Hari Raya.

Anak-anak Asrama Kasih Gesir ceria apabila menerima kasut baru mereka. Semoga pemberian ini dapat mengukir kegembiraan di wajah dan hati anak-anak ini dalam menyambut Aidilfitri di samping melahirkan rasa syukur atas kurniaan rezeki.