Wilayah Kg Tombh, Cambodia, 8/10/2014 -Β  Yayasan Basmi Kemiskinan untuk kali ke 3 berturut-turut, tahun 2014 ini telah menjalankan ibadat korban di sekitar perkampungan Islam di Cambodia. Tahun ini YBK memilih Wilayah Kampong Tombh sebagai lokasi melaksanakan ibadat korban sempena menyambut Hari Raya IdilAdha . Kg Tombh merupakan perkapungan orang Islam Cambodia sejahu 300 km dari Pnom Penh yang memakan masa 8 jam perjalanan kereta. Sebanyak 8 ekor lembu untuk tujuan ibadat korban 1435H telah disempurnakn dengan kerjasama Persatuan Kanak-Kanak Muslim Cambodia. Lembu yang telah disembelih dan diagih-agih kepada masyarakat Islam di sekitar Kg Tombh Cambodia. Tahun ini rombongan YBK diketua oleh Tuan Hj Hamzah Jalli, Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta 2 orang pegawai. .

Disamping itu YBK juga telah menaja pembiayaan pemasanganΒ  2 pam air untuk kegunaan surau dan sebuah keluarga termiskin di sini disamping pembiayaan baik pulih sebuah surau. Penyampaian bantuan disempurnakan oleh Tuan Hj Hamzah Jalli. Insyaallah pam air dan kerja baik pulih akan disiapkan dalam tempuh 1 bulan dari tarikh..