YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) didaftarkan secara rasmi pada 26 Mac 1990 dan di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. Dilancarkan secara rasminya pada bulan April, 1990 oleh Tan Sri Dato' Hj. Muhammad bin Hj. Muhd. Taib. Golongan sasar adalah berdasarkan kepada Paras Garis Kemiskinan (PGK) dari masa ke semasa. Selain itu YBK turut mengambil beberapa kreteria tambahan untuk mengenalpasti kumpulan sasar iaitu tinggal di rumah usang dan tiada kemudahan asas yang sempurna, taraf kesihatan yang rendah, miskin akibat bencana alam dan kekurangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan motivasi.

PELAN TRANSFORMASI YBK 2012-2016

VISI : Menjadikan YBK Yayasan Terulung, Mantap dan Berkesan Di Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan.
MISI : Membantu membasmi kemiskinan di Malaysia melalui program pembangunan modal insan.

MATLAMAT

  1. Meningkatkan kesejahteraan hidup kumpulan sasar melalui program-program pembasmian kemiskinan yang bersepadu.
  2. Membangun sumber, kapasiti, teknologi, jaringan untuk melaksanakan program.
  3. Membangun kepakaran YBK sebagai pusat rujukan NGO dalam membasmi kemiskinan.
  4. Memperkasakan rangkaian rakan kongsi, agensi kerajaan, dan media untuk mempertingkatkan keberkesanan YBK menyelesaikan masalah kemiskinan.
  5. Bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam melaksana program-program pembasmian kemiskinan global.
  6. Menerapkan nilai-nilai perpaduan selaras dengan aspirasi pembinaan negara bangsa 1 Malaysia melalui program-program YBK.
  7. Merancang, melaksanakan dan memantapkan program sukarelawan YBK.

GOLONGAN SASAR

  1. Anak yatim/piatu/miskin
  2. Belia yang tercicir
  3. Warga Emas Miskin & OKU
  4. Ibu tunggal miskin
  5. Kriteria yang diputuskan dari masa ke masa

STRATEGI TERAS

  1. Pembangunan Modal Insan
  2. Sukarelawan YBK
  3. Merancakkan semula program-program sosio-ekonomi
  4. Membina Desa Kasih yang baru
  5. Pengembangan YBK
  6. Memantapkan Organisasi YBK
  7. Keupayaan Kewangan