AKADEMI KEMAHIRAN YBK GESIR (AKYBK), adalah institut latihan kemahiran di bawah YBK.  Akademi ini menjalankan kursus kemahiran Kursus D-041-2 Juruteknik Sistem Komputer (6 bulan), Kursus D-060-2 Pembantu Tadbir Sistem Maklumat (6 bulan) dan Sijil Penkomptenan Pendawaian Elektrik, Suruhanjaya Tenaga (2 tahun)

Institut dijalankan di atas tanah YBK Lot 2871 Mukim Hulu Bernam yang dibangunkan oleh YBK. Ini termasuk kelas belajar, bengkel kemahiran dan tempat penginapan yang boleh menempatkan 50 orang pelatih pada satu masa. Sehingga tahun 2014 seramai 386 orang pelatih  dari keluarga miskin telah dilatih. Kos pengajian mereka telah ditaja oleh samada YBK melalui peruntukkan Latihan Kemahiran Kerjaya Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah atau Pusat Zakat Selangor.