ASRAMA KASIH YBK GESIR (ASKA Gesir) atau lebih dikenali dengan nama Jambor Sakti adalah program pendidikan pelajar miskin dari seluruh negara. Asrama ini menempatkan pelajar miskin luar bandar dari kalangan anak yatim, piatu, dan miskin yang mempunyai potensi untuk berjaya dalam pelajaran. Asrama terletak di Kg. Gesir Tengah, Hulu Bernam. Asrama ini merupakan rumah yang disumbangkan oleh Dato’ Zainal Abidin Hj Sakom, Pengerusi YBK. Mula beroperasi pada tahun 2003 dan semua pelajar bersekolah di Sekolah Kebangsaan Gesir, Hulu Bernam.

Asrama menyediakan kemudahan penginapan, makanan, pembiayaan persekolahan, pengangkutan sekolah dan pendidikan agama secara percuma yang dibiayai oleh YBK. Asrama ini memberi ruang kepada pelajar miskin melalui proses pembelajaran yang sempurna dan seterusnya memastikan masa depan yang lebih terjamin. Di asrama ini pelajar akan dibantu menguruskan diri dengan disiplin dan bimbingan sahsiah yang sempurna. 

  • Objektif - Pembiayaan sara hidup, persekolahan & sahsiah.
  • Golongan Sasar - Pelajar yatim/piatu/miskin berumur 9 hingga 12 tahun (darjah 3 hingga 6).
  • Kemudahan - Penginapan, makan dan minum, persekolahan, pengangkutan dan pendidikan agama.
  • Kewangan - 2003-2014: RM2,081,637.21 | 2014: RM225,996.85
  • Proses Pemilihan - Perakuan sekolah; Senarai pendek; Siasatan terus.
  • Statistik Pelajar - 2015: 35 orang.
  • Pengurusan ASKA Gesir diselia oleh seorang Pengetua, seorang pembantu dan seorang pemandu.

Pemilihan pelajar dilakukan sepanjang tahun. YBK akan menghantar surat kepada sekolah-sekolah luar bandar terpilih seluruh negara, menilai perakuan sekolah berdasarkan tahap kemiskinan keluarga (pendapatan per kapita, bilangan isi rumah), pencapaian akademik yang memuaskan (keputusan peperiksaan dan Ujian IQ), status pelajar (anak yatim piatu dan yatim akan diberi keutamaan). Mereka yang telah disenarai pendek akan disiasat oleh pegawai YBK. Di samping itu, YBK sentiasa menerima permohonan pelajar dari masa ke semasa bergantung kepada kekosongan dan kelayakan.

Pengetua

Farahin Iszreen Ismail

Pengetua

Berkelulusan Diploma Pendidikan Pra-Sekolah, Universiti Selangor (UNISEL).

Vestibulum id urna

Nor Adlina Mohd Sopian

Warden

Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

Klik untuk melihat pelajar dan alumni Asrama Kasih YBK Gesir

Pelajar ASKA Gesir 2016

Pelajar ASKA Gesir 2016

Alumni ASKA Gesir

UPSR 2009 (1997) UPSR 2010 (1998) UPSR 2011 (1999) UPSR 2012 (2000) 

UPSR 2004 (1992) UPSR 2005 (1993) UPSR 2006 (1994) UPSR 2007 (1995) UPSR 2008 (1996)

ASRAMA KASIH YBK GESIR (Jambor Sakti)
Lot 2809, Kg Gesir Tengah, Sg Selisek,
44020 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.
 
GPS : 3.72449N, 101.42417E (Google Maps)
 
Tel : 017 747 5404 (Pengetua)