ASRAMA KASIH YBK SERENDAH (ASKA Serendah) adalah program pembiayaan pembelajaran dan kehidupan pelajar miskin dan yatim. Asrama ini  terletak di Kg. Seri Serendah, Mukim Serendah, Hulu Selangor, dan dibangunkan pada tahun 1994 dengan pengubahsuaian pada tahun 2000). Objektif ASKA Serendah adalah untuk membantu pelajar dengan kemudahan dan pembiayaan sara hidup, pembelajaran dan pembangunan sahsiah. 

  • Objektif - kemudahan sara-hidup, pembelajaran & sahsiah pelajar.
  • Golongan Sasar - Pelajar miskin dan yatim dengan minimum gred 2A, UPSR.
  • Pembiayaan Makan - Bantuan Makanan Asrama (BMA) @ RM17.00 seorang/hari.
  • Kos Sara Hidup Pelajar - RM48,000.00 (5 tahun).
  • Kos - Pembangunan: RM3,258,000.00 | Tanah: RM95,625.00
  • Kos - Operasi (1994-2014): RM12,401,355.61 | 2014: RM935,011.77
  • Cara Pemilihan - Perakuan sekolah; Senarai pendek; Siasatan terus.
  • Bilangan Pelajar (2015) - 138 orang.
  • Organisasi - Pengetua (1); Warden (7); Pemandu (1); Lembaga Penasihat Asrama.

ASKA Serendah menyediakan penginapan dan makan percuma di samping bimbingan belajar. Dengan kemudahan infrastruktur seperti peralatan sukan, surau, kemudahan belajar (perpustakaan, bilik komputer) kelas fardhu ain, yuran sekolah, yuran peperiksaan, duit belanja harian, kemudahan pengangkutan bas, YBK yakin dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, berdisiplin dan memiliki siasah hidup yang baik. YBK tidak lupa memberikan penekanan soal sikap dan disiplin pelajar-pelajar melalui pengajian Fardu Ain dan Fardu Kifayah

Pengetua

Halimaton Saadiah Mohd Nawawi

Pengetua

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) dengan pengkhususan dalam Sistem Pengurusan, Universiti Tun Abdul Razak (UniTAR).

Vestibulum id urna

Syaiful Akmal Addanan

Timbalan Pengetua / Warden

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Al-Quran Islam & Hadith, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pengetua

Hawa Rusmita Lestari

Pegawai / Warden

Berkelulusan Ijazah Sarjana Ekonomi, Universiti Dharmawangsa.

Vestibulum id urna

Nur Afiqah Mohamed Asmoai

Pegawai / Warden

Berkelulusan Diploma Perakaunan, IPB / Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pengetua

Nur Fatin Jamil

Pegawai / Warden

Berkelulusan Diploma Pra-Sekolah, Kolej Uniti.

Vestibulum id urna

Muhammad Khuzaimi Mud Zamer

Pegawai / Warden

Berkelulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

Pengetua

Rashidi Ramli

Pegawai / Warden

Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Vestibulum id urna

Amiruddin Ramli

Pemandu

Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

ASRAMA KASIH YBK SERENDAH
Jalan Melur 2/4, Kg Seri Serendah,
48200 Serendah,
Selangor Darul Ehsan.
 
GPS : 3.37299N, 101.61550E (Google Maps)
 
Tel : 03 6081 2820 | Faks : 03 6081 2819