YBK FASTRACK adalah program Pendidikan & Latihan YBK dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor. Program bertujuan memberi peluang kedua kepada golongan remaja yang gagal mencatat keputusan baik dalam SPM dan gagal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam atau swasta. YBK membelanjakan sebanyak RM579,234.00 untuk membiayai bantuan kepada 401 dari semua 730 orang perlatih. Manakala yuran pengajian untuk semua 730 orang pelatih ditaja dan dibayar terus oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada institusi-institusi swasta iaitu Kolej INPENS, WIT, FIT, ITTAR, EDI, Stamford dan Pusat Pembangunan Sumber Tenaga Manusia Selangor (SHRDC). 


Kursus-kursus yang ditawarkan merupakan kursus professional seperti Kesetiausahaan, Perakaunan, Sains Komputer, Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan, Komputer & Pentadbiran Pejabat dan Teknologi Maklumat. Manakala kursus-kursus teknikal pula adalah Kujuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Automobil, Pelukis Pelan Senibina, Pelukis Pelan Mekanikal.

Senarai Pelatih FASTRACK  Kursus-kursus di atas dijalankan untuk tempoh 18 bulan dan ditawarkan kepada lepasan SPM (Gred 3, 4 SAP 8 dan 9) dari kalangan anak-anak Selangor yang berumur antara 18 - 24 tahun. Program YBK FASTRACK dilaksanakan sepanjang 1995-98 di mana telah membantu seramai 681 orang pelajar mendapatkan kemahiran dan sijil. Bilangan pelatih 1995/96 - 583 orang pelajar Sijil Kemahiran Professional, 1997/98 - 22 orang pelajar Sijil Kemahiran Professional dan 218 orang pelajar Diploma dan 1998 - 125 orang pelajar Sijil Kemahiran Professional.